Sunday, May 31, 2009

MATAHARI, JANGAN TERBENAM DULU....

Matahari,
Bayu bertiup ketelingaku,
Bersama khabar baru,
Katanya, cahayamu sedikit malar.....
Pada rumput ini aku terus rebah,
Masa seolah terhenti,
Tertanya, matahari kan terik sinarnya...?

Matahari,
Aku lantas datang menjengah,
Dari tanah berbeza sempadan,
Maaf, aku terlewat tiba...

Matahari,
Pancarkan kembali sinar terangmu,
Untuk flora yang perlukan cahaya,
Terpenting, untukku yang rindukan panasmu...

Matahari,
Terikmu sebenarnya untuk semua,
Untuk semua yang dibawahmu,
Aku hanya satu entiti,
Menumpang cahaya untuk terus bernyawa.

Matahari,
Jangan terbenam dulu....
Aku benar-benar perlukan cahayamu,
Tanpa cahaya, siangku umpama malam.....


-budak mengamuk-

EGO, JANGAN KAU PERGI

Ego,
Temankan aku di sini
Lindungi aku dari iri hati
Hati mereka yang konon-kononnya suci.

Ego,
Selamatkan aku dari semua orang
Orang yang kata sayangkan aku
Tapi sebenarnya menyindir aku

Ego,
Setialah di dalam diri
Sebagaimana setianya hamba pada tuan
Sepertimana setianya kasih pada cinta

Ego,
Kerana kaulah aku terselamat
Terselamat dari siksaan mereka
Siksaan mereka yang mengaku mulia.

Ego,
Kerana kaulah aku masih lagi kuat bernafas
Tatkala cacian menjadi makanan pagiku
Tatkala makian menjadi santapan malamku
Tatkala hamunan sebati dalam minumanku

Ego,
Ketika semua jijik dan keji dengan engkau
Kau tetap setia pertahankan aku.

Ego,
Pada mereka engkau mungkin jahat,
Tapi engkau yang selalu dibuli...siapa sebenarnya jahat?
Pada yang mengaku bijak engkaulah sezalim-zalim sifat
Tapi engkau diam sekadar memandang...siapa sebenarnya lebih bijak?
Pada yang menempelak engkau mungkin dihina
Tapi aku sedar engkau berkata yang benar.... siapa yang sepatutnya dihina?

Ego,
Engkau memang hebat...
Kerana itu engkau selalu ditentang....
Mereka sebenarnya cemburu...
Tapi ego untuk mengaku....

Ego,
Bertahanlah... untuk seorang aku.


-budak mengamuk-

JANGAN SESEKALI BODOHKAN ORANG

Ingat,
Bila berkata sesuatu kepada seseorang, sesuatu yang kurang senang, jangan sampai di depan semua orang. Itu mengaibkan. Tak nak nanti, orang pulak yang berkata sesuatu kepada kita.... Sampai lama orang akan ingat....

Ingat,
Bila hendak momokkan sesiapa, momokan yang menjelekkan, biarlah kenal siapa yang dimomokkan. Pastikan dulu tegar akalnya. Sebab selalunya ianya menjengkelkan. Jangan nanti momokan makan diri. Sampai sudah tak kenyang...

Ingat,
Kalaupun hati panas dan marah, lebih lagi kerana perkara remeh, jangan sampai keterlaluan. Tak salah untuk marah, bukan berdosa untuk bertindak. Cuma pastikan dulu sahih dan benar cerita. Takut nanti, yang panas membakar diri sendiri, yang marah terus meracuni hati. Sampai bila baru nak kebah....

Ingat,
Jika terlintas untuk mengambil kesempatan, janganlah sampai nampak terang-terangan. Dan kalau ada yang berdiam diri, jangan ingat mereka tak tahu, tapi ingat, mereka sebenarnya meluat. Diam itu sebenarnya jelak. Tak nak bercakap, nanti boleh muntah. Risau pulak busuk sampai reput. Sampai tiada orang mahu dekat.....

Awas,
Suka-suka hati panggil aku budak. Tapi jangan menyesal, budak-budak cakapnya lepas, tuturnya telus, petahnya berdesing, walaupun semuanya betul. sebab budak-budak tak paham politik.

Dan satu lagi,
Semua ketawa dengar istilah makan budak, tapi semua meluat dengan orang yang suka pukul budak-budak...

Pernah dengar “kecik-kecik cili padi”..??



-budak mengamuk-

KAMRUL…SINI, SANA, SITU…

Yang di situ,
Telus dan tembus,
Tanpa sembunyi, tanpa helah,
Apa yang diucap,itu yang dimaksud,
Yang di situ,
Hijau adalah hijau,
Ungu adalah ungu,
Yang di situ,
Aku memang suka....
Buat aku tersenyum...

Yang di sana,
Lembut tapi masih teguh,
Terbuka namun tetap punya rahsia,
Yang dimaksud, tidak semua yang dikata,
Yang di sana,
Hijau sebenarnya biru dan kuning,
Ungu sebetulnya merah dan biru,
Yang di sana,
Aku memang jatuh hati...
Buat aku teruja...


Yang di sini,
Jika dan hanya jika masih ditempatnya,
Yang di sini,
Aku tetap sayang...
Walau hati sudah hancur...

Kamrul di situ,
Kamrul di sana,
Kamrul di sini,
Di mana sudahnya.....

Mungkin duduknya di mana-mana............


-budak mengamuk-

MATAHARIKU..BIAR AKU HANYUT



"good morning, sunshine.."

kata-kata yang sesekali aku rindu utk aku dengar. dari seseorang yg aku rindu.

kalau dulu, di awal perhubungan, itulah ayat pertama aku terima bila bangun dr tidur. walau tanpa suara, tp tulisan itu cukup buat aku teruja memulakan hari.

kalau dulu, di awal perhubungan, itulah ayat yg aku tunggu setiap pagi. walaupun ada ketikanya hari hujan, namun dlm diri seseorang aku masih matahari pagi buat dia. buat aku terawang-awang.... dilamun perasaan :}

kalau dulu, di awal perhubungan, itulah ayat tanpa suara yang aku lihat tanpa dengar. cukup sebagai ingatan untuk meneruskan hari tanpa hadir. cukup dengan dengar tanpa lihat.

dulu.... aku matahari buat seseorang.


tapi kini, bagai matahari hilang sinar. aku semakin hanyut dalam lautan dunia semakin dalam. apa saja yang mampu buat lupa, akan sinar yg makin hilang, aku akan ikut. tanpa berfikir.

tapi kini, aku bukan cahaya siapa siapa. aku semakin hanyut dalam airmata darah diri sendiri. siapa saja yg sanggup hilangkan duka aku, aku ikut mereka. siapa saja, mana mana saja... yg cuba mengambil kesempatan, biarlah mereka. aku pun manusia jugak... ada silap apatah lagi salah. terlalu banyak.

hanyut atau tidak, pedulik apa. mungkin dah tiba masa aku jalani hidup sebagai aku yg seperti orang lain. tanpa ikatan, tanpa komitmen. hanya fizikal dan luaran jadi ukuran... asal nafsu terisi, walaupun hanya angin... persetankan orang lain.

selamanya, walau terbit dari barat, kau tetap MATAHARIKU........

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu......


-budak mengamuk-

AKU TAK MENYESAL, CUMA ADA KETIKA AKU TERINGAT.....

(originally posted on January 24, 2009)

Hampir satu purnama melangkau tahun 2009, baru sekarang terasa ada kelapangan dan kekuatan untuk kembali menekan papan kekunci, mencoret segala yang terbuku dan terkubu. Bukan persoalan masa, tapi lebih kepada kesediaan akal dan hati menerima kunjungan tahun 2009...


PENGAKHIRAN 2008...PERMULAAN 2009
apa yang dapat aku kata, tempoh tersebut adalah tempoh sangat aneh dan pelik yang pernah aku lalui. jika sebelum ini, utk menyambut tahun baru, aku akan dimotivasi dengan semangat dan azam baru, di mana tahun yang lama akan ditinggalkan dengan penuh kenangan, sambil bersemangat untuk menanti kedatangan tahun baru. tapi aku, untuk kali ini perasaan aku bukan seperti biasa.. banyak yang berlaku. dan sekali lagi aku tanya diri aku sendiri "apa lagi selepas nie..?"

KERJAYA
em.. ramai dah tahu kan, setelah cubaan kali ke-3, peringkat yg ke-3 pada tahun yg ke-3 aku kini mampu melakar senyum. bukan senyum sombong, mintak dijauhi dari sifat itu, tapi senyum gembira dan syukur. akhirnya, aku berjaya. aku sedar, aku bukan calon terbaik, tp yg terbaik aku lakukan untuk berdiri setanding mereka, yang sesetengahnya sedikit jauh ke depan. xmengapa, dalam hidup bukan semua mudah. mungkin dah tertulis, untuk aku mendapatkan sesuatu, perlu lebih usaha dan dugaan berbanding orang lain.

sepatutnya aku gembira kan..?? memang aku gembira.. dan sepatutnya ia umpana hadiah tahun baru paling bermakna dalam hidup. betul. tapi seperti aku kata awal2 td, tahun ni tahun agak pelik untuk aku. kenapa..??

kegembiraan aku sedikit terguris bila kini aku ditempatkan tempat yg tidak terlintas langsung aku akan berada. sesuatu yang aku terpaksa mengaku, aku sangat tersentap. setelah lebih 3 minggu, aku masih tak boleh terima yg aku mmg betul2 berada kat mana yg aku berada sekarang. kenyataan. bukan mimpi. bukan propa. siapa yang kenal aku, mereka tahu, itu sememangnya bukan aku. tapi xper, walaupun aku memang tak bersedia, langsung, tp adakah aku ada pilihan lain..??? ada, tapi terlalu sukar. dan hampir mustahil. buat masa ini aku cuma ikut rutin dan rasa hati. semangat aku kini sedikit menghilang.. aku tak pedulik, asalkan aku puas hati. tapi sudah tentu, supaya jgnlah sehingga terlalu menggangu prestasi kerjaya. sbab ini yang aku nak, jadi inilah yg perlu aku hadapi. rite..?

CINTA
satu lagi kisah yg tak akan habis dlm hidup aku. percayalah, aku tahu. 2008, sekali lagi masih bukan tahun untuk aku memiliki maksud cinta itu sendiri. walalupun pada ketikanya aku rasa aku sudah ada, tapi akhirnya bukan seperti yg aku nak. kegembiraan aku bergelar "golongan terpilih" dibayar dengan harga yang terlalu mahal, "insan paling aku cinta". itulah hakikat hidup. xper, aku ok. sbab ini bukan kali pertama. tp sudah kesekian kali. tp yang menjadikan kali ini lebih hiba adalah sebab, insan yang aku harap-harapkan untuk kalau tidak lebih, sekurang-kurangnya sama gembira dengan apa yg aku capai kini. satu permulaan dalam hidup aku. tapi mungkin kerana aku terlalu sensitif, atau terlalu khayal dengan drama ciptaan, arahan dan lakonan aku sendiri, aku terlepas pandang bahawa aku sebenarnya hanyalah di antara kalian.
silap aku, kerana walaupun aku sedar siapa lawan disebelah aku ini, tp aku jugak terlalu yakin dengan apa yg aku ada, aku kononnya bersedia. tp xper, memang aku dah dapat jangka. tapi lumrah manusia, walaupun dah tahu merokok tu membahayakan kesihatan, tp selagi tak kena barah paru-paru kita tak akan amik pusing.

aku tak menyesal dengan keputusan aku. melepaskan insan yang aku sayang dalam hiudp (geli geleman mata orang yang membaca, pedih lagi hati aku yang menanggung). untuk kebaikan semua, untuk kebaikan aku sendiri, itu saja yg mampu aku buat.. tapi aku tidak boleh nafikan hakikat, sekali sekala aku memang teringat. dan bila sekali sekala itu datang, airmata penawar paling mujarab ketika ini. walaupun tidak menyembuhkan, tp sekurangnya hilang sekejap rasa sakit.

HARAPAN 2009
jujur, 2009 aku tidak dimulakan dengan begitu baik. pelbagai kejadian dan perasaan pelik menimpa aku. jadi, aku melangkah ke tahun 2009 dengan tanpa apa2 harapan dan azam. aku sekadar mahu mahu meratapi, mengasihi diri sendiri. apa yg bakal berlaku biarlah masa yang menentukan. aku xder mood untuk semua tue. lantaklah orang akan kata aku nie manusia tak berwawasan, budak yg terlalu ikutkan perasaan atau apa-apa. tp apa yg aku tahu, buat masa masa ini aku xnak pikirkan apa2 melainkan aku sendiri. aku hanya akan buat apa yang akan menggembirakan aku dan hati aku sahaja.

tapi, walaupun tanpa tujuan dan matlamat, semoga tahun 2009 sudi membuka laluan untuk aku terus berjalan.

untuk semua...SELAMAT TAHUN BARU


-budak mengamuk-

Friday, May 29, 2009

AKU GUGUP



jantung berdebar-debar
degupan sangat pantas
lebih kuat dari biasa
aku gugup....

otak macam kosong
walau penuh isi
tapi kenapa tak keluar
aku gugup....

badan berpeluh -peluh
sekelilingnya panghawa dingin
tapi dahi dan dada panas
aku gugup....

kaki terketar menggeletar
mujur tak rebah
tapi kebas atas kerusi
aku gugup....

mulut terkunci rapat
tertelan patah kata
mengaku diri petah berbicara
aku gugup....

hurm...... bantu aku
please....


-budak mengamuk-

Monday, May 25, 2009

MEMINGGIR, DIPINGGIR, TERPINGGIR

Terasa nak becerita tentang ini... Kenapa?? mungkin itu yang aku rasa saat dan ketika ini. Seorang diri, jauh tercampak nun jauh di sana, sembilan sempadan jaraknya..

Kadang-kadang kita merasakan orang sekeliling tidak berlaku adil kepada kita. kita rasa mereka tidak mengambil kira hati dan perasaan kita. Kadang-kadang juga kita merasakan orang sekeliling selalu mengabaikan kita. Terutama bila kita perlukan bantuan dan sokongan. Kita rasa dipinggirkan.... Betul kah itu yang berlaku???

Tapi kita tidak pernah memikirkan adakah suatu ketika kita sebenarnya tidak ambil peduli tentang orang disekeliling. Pernahkah sedetik kita terfikir, kita sebenarnya yang mengabaikan insan yang berada disekeliling kita.. Pernahkah kita terfikir kita yang mengabaikan mereka. Terutama ketika mereka memerlukan sokongan dan bantuan kita... pernahkah..???

Tapi pada aku, semua itu sebenarnya mungkin atas salah faham dan perselisihan yang tidak disedari.. Dan seboleh boleh aku xnak membuat tuduhan meluru. Jika benar aku rasa terpinggir, bukan kerana aku dipinggirkan. Tapi aku lebih berpendapat, mungkin aku yg meminggirkan diri sendiri. Orang disekeliling tidak akan tahu apa yg berlaku kepada kita. Masing masing ada masalah mereka. Jadi kita ada pilihan terhadap diri sendiri. Kalau kita perlukan bantuan, mintaklah kepada yang yg sudi. Jangan tunggu org datang menjemput. Kalau kita perlukan sokongan, bertanyalah pada yg ada. Jangan tunggu ia turun dari langit... dan kalau benar mereka meminggirkan kita, beralihlah kepada yang sudi. Kenapa masih ditunggu jawapan mereka....

Mungkin sudah tiba masa aku belajar untuk hidup sendiri. Tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Kerana lumrah manusia, bila senang semua disisi, bila susah sendiri menyepi...

sukar tapi perlu.....


-budak mngamuk-

MENCARI "KAMI"

sebelum aku terlelap sendirian aku terfikir. aku terfikir..terfikir selama ini wujudkah aku dalam diri sesiapa..dan wujudkah sesiapa dalam diri aku.. sesiapa yang bukan lagi aku, engkau, atau dia... tetapi sesiapa yang bersatu menjadi "Kami".. Mungkin ianya pernah ada, tapi sudah luput tempohnya. mungkin juga masih dalam proses menjadi "kami'..tidak mustahil selama ini tidak pernah pun ada istilah tersebut untuk aku..

masihkah ada yang sanggup mengaku "kami" jika suatu hari nanti aku terhumban ke lembah gagal. Adakah lagi istilah "kami" jika ditakdirkan aku lemas dlm lautan tercemar... dan jika aku terpesong di hutan gelap, sanggupkah "kami" menyelamatkan aku...aku terfikir..

atas apa yang pernah aku lalui, segala apa yang sedang aku alami, pada sesuatu yang mungkin aku hadapi, membuatkan aku terlalu percaya tidak akan ada "kami" untuk aku... walaupun menjadi harapan dan angan2, ia bagai sesuatu yang "tidak mustahil namun terlalu sukar.."


-budak mengamuk-

Friday, May 15, 2009

TENTANG DIA..TENTANG MEREKA...


Tentang dia…
Pertama kali melihat, terpaut suatu rasa
Rasa ingin mengetahui, siapakah dia…?


Tentang dia…
Bila rasa bertukar suka, terasa begitu selesa
Bertambah mesra, tatkala rasa tidak sendirian
Terima kasih…


Tentang dia…
Melengkapkan istilah kami, saling melengkapi diantaranya
Memang perasaan kami serupa, bagai impian untuk semua
Bercerita tentang semua, melengkapkan segala tanda


Tentang dia…
Akhir sudah erti kami, hanya yang tinggal aku dan kamu
Sudah diduga memang dijangka, dari aku dan juga kamu
Namun insan itulah kita, yang sedih pasti jua dirasa


Tentang dia…
Rasa yang mula masih kuterus, bilanya berakhir..?
Biar dulu begini, yang penting kamu tidak lagi tertanya
Terima kasih sekali lagi….


Tentang mereka…
Mereka yang turut mewarnai, mereka yang turut mencorakkan
Apa yang berlaku sehingga kini…..
Teruja menunggu gementar menanti
Menunggu dan menanti untuk yang seterusnya


Tentang mereka…
Siapa pula selepas ini…?
Warna apa yang mereka bawa…?
Corak bagaimana yang mereka suka…?


Tentang dia….. tentang mereka…..


-budak mengamuk-

OPEN RELATIONSHIPS

(originally posted on February 20, 2007)

Kelmarin, aku jumpa dengan seorang kawan dr jb. Kali terakhir aku jumpa dier masa time bulan puasa kat jb. oleh kerana lama tak jumpa, banyak jugakla topik dan gosip hangat yg kami sempat bincangkan. pasal kehidupan masing2, kerjaya, rakan2, ekonomi(diri sendiri), sosial life masing2, tak terlepas kisah CINTA… ketika itulah timbul topik open relationship. Suatu topik yg pd dasarnya remeh, tp kompleks…memang, bila berbicara tentang CINTA, mesti kompleks.

PERTAMA..apa itu open relationship? perhubungan terbuka… setiap indivudi pasti punya tanggapan sendiri tentang definisi open relationship. Pada pemahaman aku, secara dasarnya ‘open relationship’ bermaksud perhubungan CINTA antara dua orang, dengan kadar komitmen yang paling minimum. dan apa pulak itu komitmen? pada aku komitmen merujuk kepada sejauh mana kita sanggup untuk "diikat" dengan pasangan CINTA tersebut. JAdi kesimpulannya, ia bermaksud walaupun kita sudah ‘dimiliki’ atau ‘memiliki’, but we still can flirt with someone else…u can go out with whoever u want, whenever u want, and wherever u like…ermmm, sentap kan..?? ya, tp pada aku itulah maksud perhubungan terbuka dalam perCINTAan..

KEDUA.. kepada siapa ianya berlaku…? ini aku tak berani cakap la. aku sendiri tak tahu golongan yg macam mana. tp secara logika, aku rasa seseorang dengan ruang sosial yg luas. mereka yg suka bersosial; clubbers..maybe. Mereka yg suka "bersuka-ria", yang secara amnya suka dikelilingi oleh ramai teman. Mereka inilah aku rasa golongan yg inginkin perhubungan sedemikian dengan CINTA mereka.. Walaupun sudah berpunya, tp mereka tak mahu status "dimiliki" yg mereka ada itu, mejejaskan rutin mereka untuk bersosial dengan orang lain.. Lelaki atau perempuan..? mungkin secara umumnya ianya lebih kepada kehendak lelaki. Tapi kebenarannya, perempuan juga kini sudah bijak meletakkan syarat dalam CINTA mereka…

KETIGA…kenapa perlu ada perhubungan demikian rupa..? Kalau belum bersedia janganlah berCINTA.. secara warasnya statement tu mmg betul. tp seperti yang dinyatakan, bila berbicara tentang CINTA, walaupun nampak remeh, tp ia sebenarnya lebih kompleks dari itu. Mungkin pada mereka yg terlibat ianya perlu supaya perhubungan mereka tidak bosan(?????) atau mungkin ianya salah satu cara bg menguji keseriusan hubungan(?????) atau juga kerana mereka tidak mahu dikongkong atau dibebani dengan masalah yg remeh temeh seandainya mereka terlalu fokus(????) dan tak mustahil ada yg mahukan perhubungan sebegini kerana merasakan mereka mampu untuk mendapat kan CINTA baru yg mungkin lebih baik dari CINTA yg sedia ada(??????????????)

KEEMPAT… pro dan kontra perhubungan sebegini..? sudah tentu ada. Kontranya yg paling jelas golongan ini sebenarnya pada aku takut kepada komitmen. Dalam hubungan sebegini, sudah pasti kurang masa berinteraksi. Mungkin juga ruang untuk saling memahami turut terbatas. Juga aku rasa "kurang masalah",yang mana pada aku masalah lah yg memjadikan perhubungan itu lebih matang.. Bagusnya open relationship nie..? ermmmm……. mungkin bagus untuk menguji kekuatan serta kesetiaan CINTA(….?????) mungkin juga bagus untuk memberi lebih peluang kepada diri sendiri(…???) tapi pada aku, yg paling aku boleh terima buat masa nie, untungnya mereka dlm open relationship nie, kalau break-up,xderla menonggeng sangat.sedih lite lite jer la kot… seriously, dah nama pun open relationship, boleh long last ker…?
Cukup setakat ini, ada ruang dan peluang aku kembali lagi..


-budak mengamuk-

KISAH CINTA BIASA BIASA JER...

(originally posted on February 9, 2007)

hari ni hari jumaat, esok sabtu.. Jadi ramailah yang dah berkira kira tentang apa aktiviti yang hendak dilakukan pada hujung minggu. Memandangkan ramai diantara mereka yang bekerja mungkin duit gaji masih lagi berkepuk dalam wallet, maka makin luas pilihan aktiviti yang mungkin boleh dilakukan, memangdangkan wang ringgit bukan lagi suatu halangan bersuka ria. dan pada mereka yang tiada kelebihan itu, mungkin sedikit terganggu, namun yang pasti tidak akan mencacatkan perancangan berhujung minggu mereka..

pada mereka yang suka berhibur, mungkin pusat pusat hiburan menjadi pilihan.. kalau di ibukota, bagi aku yang kurang arif tentang kota metropolitan penuh kejutan nie, bukit bintang mungkin menjadi hotspot untuk mengisi aktiviti malam minggu mereka. baik bagi remaja yang setelah seminggu berulang alik ke kuliah, menyiapkan nota serta tugasan, malam minggu adalah masa untuk mereka merehatkan minda.. pada mereka yang berkerja mungkin cuti hujung minggu dijadikan peluang untuk bersosial sesama teman, bercerita tentang tekanan kerja atau mungkin gosip terbaru di pejabat..

macam macam yang boleh mungkin dilakukan. mungkin yang menonton wayang, mungkin ada yang sekadar menghabiskan masa bersama komputer riba sambil menikmati latte@starbucks kegemaran mereka. mungkin juga ada yang lebih suka bersosial di pusat pusat hiburan tertentu…clubbing bersama kawan kawan. kata mereka, sambil bersosial sambil ber’exercise’.. tapi janganlah sampai melanggar batas dan etika.. tak ketinggalan yang menggunakan masa cuti nie untuk berjumpa teman tersayang,melepaskan rindu melempiaskan nafsu…hehehe… "bersiar siar" di pusat membeli belah sambil berpimpin tangan serta bercerita kisah mereka… tahniah….

memandangkan bulan februari adalah bulan kasih sayang,atau lebih tepat pada 14 februari (rabu) adalah hari kasih sayang, bagi mereka yang sudah mempunyai teman tersayang,mungkin hari minggu digunakan untuk merancang dan mencari idea apa yang hendak dilakukan pada hari tersebut. hadiah apa yang hendak berikan, kad yang bagaimana yg harus diselitkan bersama, serta gimik yang sepertimana yang hendak dibuat agar pada hari tersebut berjalan denga sempurna dan bermakna.. mesti pening kan.. mesti ramai yang sibuk ke kedai bunga dan kedai cenderamata. tempahan dinner di beberapa tempat juga mungkin telah penuh. alangkah beruntungnya bagi mereka yang pasanganya telah merancang sesuatu yang istimewa pada hari istimewa tersebut. diharapkan kegembiraan itu kekal buat mereka.

namun, tak kurang juga yang tidak melakukan apa apa, dan merasakan hari tersebut sama sahaja seperti hari yang lain. tiada apa yang istimewa. jika itu berlaku, pada mereka yang mengharapkan sesuatu istimewa dari teman mereka, janganlah terlalu sedih.. buat lah sesuatu untuk mereka pula, jangan hanya menunggu… betul tak??

tapi apa yang penting, tunjukkanlah kasih sayang itu pada insan yang kita sayangi.. samada melalui lisan atau perbuatan. bukan hanya pada bulan kekasih, bukan hanya pada 14 februari, tetapi pada setiap masa….

pada semua, selamat berhujung minggu. yg nak berpoya poya, cucuk cucuk langit, selamat bergembira. yang xder buat apa apa, sekadar berehat di rumah, selamat beristirehat….


-budak mengamuk-

HANYA SEKADAR CUMA

SESUATU YANG TAK DISANGKA
SERINGKALI MENDATANGI KITA
INIKAH SURATAN DALAM KEHIDUPAN
ATAU SEKADAR SUATU KEBETULAN
KITA ASYIK MEMBICARAKAN PERSOALAN HIDUP DAN PILIHAN
SERTA KEJUJURAN SEMAKIN BERKURANG
MUNGKINKAH BERTEMU JAWAPAN
WALAU KITA DIHADAPKAN
DENGAN PELBAGAI PILIHAN
KENAPA SERING TERJADI PILIHAN TAK MENEPATI
HINGGA AMAT MENAKUTKAN
MENGHADAPI MASA DEPAN
SEOLAH TELAH TERHAPUS
SEBUAH KEHIDUPAN YANG KUDUS….

Tiada kata yang mampu diluah. Tiada rasa yang dapat digambar. Tiada jiwa yang boleh dicerita. Semua terjadi tanpa kuduga, setiap berlaku tanpa ku minta, segala tercetus tidak ku rancang… Namun hakikat tetap patuh.

Mungkin sebenarnya terlena. Ataupun jua sebetulnya bermimpi.Juga sesungguhnya sekadar ilusi… Jika terlena mataku terbuka. Jika bermimpi mengapa tersedar. Jika ilusi kapan berakhir..?

Cuba untuk menidakkan, cuba untuk menafikan, cuba untuk menolak. Harapan agar semuanya tidak pernah berlaku..agar segalanya tidak pernah terjadi…..

Sedarkan aku bila semua berakhir…
Kejutkan aku bila semua berakhir….
Jagakan aku bila semua berakhir…..
hanya sekadar cuma………………..


-BUDAK MENGAMUK-

Tuesday, May 5, 2009

ENTRI PERTAMA : VER 2.0

salam semua...

sekarang ini aku akan mula menggunakan ruang ini untuk aku mengukir dan mencatat apa-apa sahaja yang terlintas dan terfikir dek otak. Maknanya, kalau dulu aku update dalam blog frenster, tapi skang aku akan gunakan blogspot nie sebagai spot baru. Tapi blog frenster masih lagi wujud. memang aku tak kan tutup, sbab dah lama bukak, sayang pulak rasanya.

Cuma, skang ni masih lagi pening-pening mcm mana nak manage 2 blog nie. what i meant, how i'm going to move all my "craps" from the old blog to this new blogspot. i dunno, for now i might just copying them and dump them all in here. but i was thinking, which crap and rubbish shud i choose. i started that blog dah lama. since i was a student i guess. memang banyak la sampah sarap dalam tu. tapi walaupun sampah, kalau kena caranya boleh dikitar semula. em.. so, for those who did browse and read my frenster's blog before, u might be reading n browsing the exact same entries kat sini. so, sorry in advanced.

i'm still learning, to this new blogspot. baru 2 hari buat. i'm not a gadget boy (check out my mobile phone), im not an IT expert either. stakat buat power point reti r.. so i might need more time than org lain to get familiar dgn blog baru nie. jadi, sapa2 yang dah terer n expert, please, do teach me cmner nak bg lebih menarik. Orang cakap siap boleh buat duit lagi, betul ker?? dunno, that's what i heard.

budak mengamuk...
cmner aku dapat nama tue?? pertama, sbab org ckp aku mmg muka mcm budak2. yang ke-2, aku memang kuat mengamuk. tapi, dalam hati jerla..... nak kena belasah mengamuk depan2 orang. but yes, it did reflect the purpose of me creating this blog. senang nak mengamuk, xder orang kacau. tapi amukan aku, amukan halus. hanya betul2 bijak dan pandai mentelah jer tahu. chewah....

ok, jangan banyak membebel. aku blah dulu...


-budak mengamuk-

Monday, May 4, 2009

TAMAN BARU....

Taman Baru

Atas desakan dan tuntutan,
manusia dan alam,
aku kini beralih taman.

Taman yang dulu,
masih ku sayang,
Tapi sukar untuk orang bertandang.

Tamanku juga perlu berkembang,
Untuk memikat puteri cendikia,
untuk menakluk putera perkasa.

Taman yang dulu masih terbuka,
Belum menjadi taman larangan,
Taman yang baru silalah jengah,
Tidak perlu sebarang pengeras.

Jaga tingkah dan budi bahasa,
pemilik taman merah sifatnya.


-budak mengamuk-