tag:blogger.com,1999:blog-11002250972151707982024-03-14T04:25:48.944+08:00budak mengamuk-akulah SYAITAN paling durjana, mencari MALAIKAT paling mulia-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.comBlogger76125tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-57484317869484675832012-03-12T19:39:00.002+08:002012-03-12T19:44:37.447+08:00BIARKAN AKU TERUS TERTANYABiarkan aku terus tertanya
Jika itu bisa buat kau gembira
Jika itu bisa buat kau rasa selesa

Biarkan aku tertunggu-tunggu
Andai itu yang perlu untuk terus bersatu
Andai itu jalan kasih yang engkau mahu

Biarlah aku ternanti-nanti
Menanti sesuatu yang aku tidak pasti
Menanti kasih meresap ke dalam hati

Cinta ini cinta istimewa
Cinta ini cinta yang bukan pura-pura
Cinta ini cinta hingga hujung nyawa

Biarkan aku terus tertanya-tanya
Biarkan aku terus tertunggu-tunggu
Biarlah aku ternanti-nanti....

Kerna cinta ini
Cinta sampai mati
Itu aku janji......

-Budak Mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-2599446603410588472012-03-12T19:25:00.002+08:002012-03-12T19:39:17.112+08:00DENGAN AIRMATA AKU BERKATA-KATASetiap titis terurai seribu cerita
Setiap butir tersimpan seribu rasa..

Dengan airmata aku bersuara
Titis-titis duka pada seribu tanya
Butir-butir kaca yang melukakan jiwa...

Dengan airmata aku bersuara
Yang pohon untuk dikeringkan
Tanda hati lara berduka...

Airmata ini,
Menjadi madah cinta aku kepadanya
Menjadi melodi rindu aku untuknya
Penawar duka kata hati yang tidak terucap
Pengubat luka pada sakit tidak terlihat

Airmata ini
Setitis yang gugur ke bumi
Seribu kata yang terpendam

Dengan airmata aku bersuara
Dengan airmata aku menjerit ronta
Tanpa suara... Tanpa kata-kata...
Hanyalah deraian airmata..
Dari insan kerdil yang dambakan cinta setia...

-Budak Mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-29795315147865747162012-02-15T17:16:00.002+08:002012-03-12T19:46:21.573+08:00LOVE HURTS. LOVE HEALSLOVE HURTS...
LOVE HEALS...
:'(budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-16178274872563973122012-02-15T16:43:00.004+08:002012-02-15T17:09:00.964+08:00RINDUKU PADA EGOEgo,
Lama engkau menyepi,
Biarkan aku rasa sunyi,
Pada hati yang tidak suci...

Ego,
Ke mana engkau pergi,
Di mana kamu lari,
Sekian lama aku mencari,
Kembali lah kamu pada diri.

Ego,
Pulanglah pada diri,
Kembalilah dalam lubuk hati.

-Budak Mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-52014638581465615782012-02-14T15:21:00.004+08:002012-02-15T16:28:36.429+08:00APA MAHU KAMU..??Jangan tanya di mana jujur ku,
Jika benakmu penuh rasa cemburu,
Usah persoal nilai setia ku,
Jika rasamu sendiri tidak menentu.

Kenapa perlu keliru...?
Jika sungguh aku pilihan kamu..?

Jujur yang kamu mahu,
Jujur juga yang aku perlu,
Setia yang kamu cari,
Setia juga perlu kamu beri.

Siapa mereka di hati kamu..?
Siapa aku pada kamu..?
Di mana mereka di hati kamu..?
Sebelum datang aku...?

Yang sentiasa di atas kamu,
Yang lama tidak bertemu,
Yang lebih dulu dari aku...

-Budak Mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-27046637491459013212011-05-04T15:46:00.002+08:002011-05-04T15:56:57.169+08:00SAAT-SAAT BEGINIsudah bersawang,
lama sungguh tidak dibersihkan,

mungkin sudah beranai-anai,

mungkin sudah reput sini dan sana,

mungkin juga ada yang telah berkarat.

bukan lupa,

bukan juga tiada masa,

cuma tiada apa-apa,

untuk dikongsi atau dicerita,

aku bukan selebriti terkemuka,

bukan juga pelakon ternama,

jauh sekali artis antarabangsa,

yang semua perkara jadi tumpuan media.

dan saat-saat begini,

tiba-tiba muncul entah dari mana,

entah apa yang ada di benak kepala,

entah apa tujuan dan muslihatnya,

sama-sama tunggu dan lihat sahaja.

-budak mengamuk-

budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-37273820857170066382009-12-21T16:32:00.003+08:002009-12-21T16:56:42.334+08:00BELAJARLAH JADI KETUABelajar jadi ketua. Jika tidak di pejabat atau di tempat kerja, setidaknya di rumah dan dalam keluarga. Di kalangan teman, sahabat, kekasih apatah lagi ahli keluarga. Bukan bermakna menjadi ketua, kita tamakkan kuasa dan nama. Tapi simbolik ketua itu sebenarnya besar maksudnya. Bijak membuat keputusan, berani mengambil risiko, spontan dalam situasi-situasi luar jangka, petah dalam bersuara, juga tahu membawa diri.

Memang tidak semua orang mampu menjadi ketua. Tapi sudah tiba masanya untuk belajar dan memahiri sifat dan tindakan seorang ketua. Semua orang punya kelemahan, tapi ia bukan alasan.

Demi kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan. Bejalarlah......

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-28353934253655808052009-12-16T08:34:00.003+08:002009-12-16T09:04:37.514+08:00KALAULAH DAPAT.....1) BAJU BATIK. dah ada 3 tp satu dah terkoyak. so tinggal 2 jer...
2) HANDPHONE. ok boleh guna lg. tp semua sibuk2 suruh tukar...
3) SCOOTER MZ MOSKITO. sajer nak nampak cool kt atas jalan...
4) SNICKERS. yg lama dah 5-6 kali gam kt tapak.banyak nostalgia kasut tue.boleh nangis woo...
5) KASUT KULIT. dah lama carik, tapi selalu xder saiz...
6) KEMEJA. last shopping thn lepas. selai. time nak g interview keje...
7) LAPTOP. senang nak wat keje kt umah (keje la sangat...)
8) DIGITAL CAMERA. tak ler perlu sangat. still boleh pinjam kat adik...
9) WALLET. dah terkoyak. duit syiling asyik jatuh jer...

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-29388204857910689812009-12-15T08:13:00.002+08:002009-12-15T09:47:02.461+08:00DEBAT
- sebelum bersidang, para pendebat akan diperkenalkan dengan hakim atau para hakim yang akan mengadili mereka. Jika ada pendebat merasakan hakim tersebut tidak cukup kredibilitinya untuk menghakimi mereka, mengapa tidak dibantah sebelum perlawanan bermula...?? mungkin mereka mahu menghormati hakim tersebut. entahlah.

- selepas perlawan berakhir dan keputusan diumumkan satu pihak akan menang dan satu pihak lagi akan kalah. yang kalah pastilah kecewa, yang menang sudah tentu gembira.

- jika satu pasukan tersebut kalah, dan mereka merasakan mereka tidak patut kalah, mereka membantah. ada sesetengah bantahan pula sehingga menggunakan pendekatan mengugut dan memperlekehkan kredibiliti hakim yang menilai mereka. itu biasa, selalu terjadi.

- tapi tidak pernah pulak aku dengar, pasukan yang menang, dan mereka sendiri mengaku mereka tidak patut menang, membuat bantahan. hehe..bunyi macam tindakan kurang bijak. tapi tapi kalau betul nak memperjuangkan integriti, seperti yang pernah dikatakan oleh sesetengah pihak, kenapa tidak..?? bukankah mengambil sesuatu yang bukan hak itu zalim..??

- konsep Anugerah Juara Lagu, kononnya mempertaruhkan komposer dan penulis lirik. menilai lagu dan bukan penyanyi. jika benar, kenapa bila penyanyi terlupa lirik, atau terlari piching lagu tersebut tewas. nilailah pada muzik dan lirik asalnya.....

- dan kenapa lagu yang mengungguli Juara Lagu selalunya tidak pulak menjadi lagu terbaik dalam Anugerah Industri Muzik(AIM). memang anugerahnya berbeza, tapi lagunya kan sama..?? dan matlamat juga sama, menentukan lagu mana yang terbaik. mungkin juri yang tidak reti menilai... entahlah. muzik bukan bidang aku.

- Kepada pendebat, baiki kelemahan. Kita bukan Rasul, maksum tidak pernah berdosa. Mungkin betul ada ketikanya kita yang layak menang. tapi pasti ada alasan kenapa kita kalah. Mungkin ini karma.

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-68196637622201240462009-12-04T07:49:00.007+08:002009-12-04T14:47:34.073+08:00IKTIBAR NATRAHSiapa Natrah...??
Kenapa dia diangkat...??
Kalau dulu umat Islam begitu beremosi dan bersungguh dalam mempertahankan Agama mereka. Tak kira dari mana asal keturunan mereka. Dari Tanah Melayu, dari Singapura, dari Indonesia, hatta mereka yang diberi gelaran India-Muslim. Berpuluh yang terkorban, ratusan juga yang cedera kerana Tragedi Natrah.Tanpa mengira apa warna tunjangan mereka, kerana ingin menyelamatkan seorang gadis Islam, habis-habisan mereka bertarung. Itu kisah dulu. Natrah pun dah mati. sakit leukimia......

Tapi kini adakah kita masih beremosi dan bersungguh dalam memperjuangkan Islam. Mungkin ya, mungkin tidak. Kita gemparkan semua dengan isu mistik sejadah berdiri di surau dan di masjid, Tapi kita senyapkan isu anak muda yang semakin kurang mengimarahkan surau dan masjid. Ke mana sebenarnya mereka. Bukankah itu lebih gempar..?? Kita gembar-gemburkan isu ceramah tanpa tauliah, kerana fahaman mereka antaranya Solat Subuh tidak perlukan doa Qunut. Tapi masalah masyarakat yang tak sembahyang Subuh, tak pulak kita bangkitkan. Bukahkah Islam itu sepatutnya mudah lagi memudahkan.

Sekarang ini makin banyak juga rusuhan berlaku, rata-rata oleh orang kita yang mengaku Islam. tapi yang dirusuhkan bukanlah isu saudara baru yang ingin murtad. Isu Lina Joy, sekadar laporan sisipan akhbar tabloid. Kata mereka itu isu sensitif. Isu wanita bukan Islam yang mahukan azan dilaungkan tanpa pembesar suara di kawasan jagaannya, tidak pulak kita bantah dan hebahkan. Tapi isu wanita tersebut ditahan dan dilokap pulak yang kita bela. Kata kita, tidak mengikut lunas undang-undang. Lebih parah, bila kita sendiri menjadi askar barisan hadapan mempertahankan seorang wanita yang bukan dari kalangan kita, bila gambar dan video kurang sopan dia tersebar dan diketahui umum. Hujah kita; mencabul hak kebebasan seorang wanita. NAUZUBILLAH.........

Beruntung mereka yang hidup di zaman Natrah. Walaupun bukan darah daging mereka, dia dibela bagai seorang raja. Berwaspadalah kita yang hidup di zaman serba mewah. Sedangkan Sultan kita cerca dan hina, orang biasa entahkan ditendang dan dipijak.

Dulu kita merusuh kerana agama
Sekarang kita merusuh kerana nama

Dulu kerana bangsa kita bertelingkah
Walaupun warna kita tidak pernah sekata
Sekarang kerana warna kita bersanggah
Walaupun sebangsa, kita tidak mungkin bersama.

Iktibar Natrah
kita yang enggan belajar.......

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-87114521262689503672009-12-03T21:10:00.002+08:002009-12-03T21:41:31.845+08:00DIA PERMATA HIJAUpermata berkilau
impian semua yang punya nafsu
yang cantik sudah tentu tinggi nilainya
hanya yang kaya berhak dan mampu
miliki permata satu dalam sejuta

permata hijau
di dekatnya aku jadi lemah
di dekatnya aku semacam lelah
di dekatnya aku tidak tentu arah

dan permata hijau
pada sentuhnya aku terus mengalah
pada sentuhnya aku terus pasrah
pada sentuhnya aku hilang segala amarah
silau terangnya aku tewas lalu rebah

aku manusia punya tenaga
insan yang tinggi waras akalnya
punya kudrat dan semangat

aku masih dambakan sinar permata
sebagai hiasan nafsu dunia
aku masih hargai tingginya nilai permata
lambang kuasa dan kemewahan jiwa

persembahkan padaku satu

tapi bukan permata hijau
walau ia punya kuasa
walau ia penuh azimat
kerana kuasa dan azimat itulah
hatiku nazak berderai dihempasnya
kerana kuasa dan azimat itulah
hatiku pernah mati dibunuhnya

permata hijau itu
buang ia jauh dari tubuh dan jiwaku.

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-24037676392891740352009-12-02T11:00:00.002+08:002009-12-03T15:05:45.170+08:00YANG DI KATA, YANG DI KOTA

yang dikata

nak jadik anak yang soleh

nak jadik pelajar cemerlang

nak jadik pekerja yang rajin

nak jadik pemimpin berjiwa rakyat

pendek kata

nak jadik manusia berguna

yang dikota...??

anak menyusahkan mak bapak. mampus lagi baik

pelajar malas selalu ponteng. sia-sia orang hantar sekolah

pekerja yang kuat mengular. makan gaji buta

pemimpin yang politikus. menipu tanpa rasa malu. bedebah..!!!

budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-88756522458913576012009-11-26T09:13:00.003+08:002009-11-26T09:41:51.408+08:00CHAR KUEW TIEWsemalam aku makan char kuew tiew kat area belakang Seremban 2. dan teh o ais limau. tapi amat hampa, bila makanannya tak sedap, dan airnya terlalu manis. kecewa. dan selalunya, kalau gerai2 makanan yang tak menepati citarasa tekak aku nie, aku tak akan pergi lagi dah tempat tue. lebih baik makan ayam goreng McD, walaupun kolesterolnya tinggi, tapi rasanya dijamin sedap.

tapi untuk gerai char kutiew yang satu ini, walaupun makanannya tak sedap, aku akan makan di gerainya lagi. kenapa..?? sebab aku kesian pulak tengok "tauke" kedai tue a.k.a tukang masak. seorang perempuan berumur pertengahan yang sedang sarat mengandung. kesian pulak aku tengok......

ingat, mahal tak semestinya sedap. murah tak semestinya tak sedap. kadang-kadang(aku rasa selalunya) yang mahal itu hanya pada kedai dan pinggan mangkuknya, bukan pada makanannya.

p/s: nak makan mi racun kat Batu Pahat.budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-51361915993821066752009-11-25T10:33:00.002+08:002009-11-25T10:45:14.699+08:00METAFORA GAMPANGbosan dan muak dengan perumpamaan hidup yang dipermudahkan oleh mereka yang asalannya tak pernah paham erti susah. seolah-olah merekalah definisi terbaik derita hidup.

hentikan melankolik sedih meraih simpati...
hentikan monolog airmata yang belum tentu benarnya....
hentikan pementasan sumbang berangan anak wayang....

metafora gampang.
untuk penggemar buah nangka dan cili padi.budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-16441146288021321352009-11-16T15:40:00.005+08:002009-11-16T16:59:13.620+08:00KITA TAK KAYAtadi "aku terbaca" satu tulisan maya seorang sahabat yang sudah makan abad tidak bersua muka. apatah lagi bertegur sapa. aku tidak ada sejarah, tapi mungkin aku juga tidak mencari jodoh dengan dia untuk peluang setidaknya bertanya kabar berita.

dan terdetik di nafsu akal untuk menulis tentang apa yang nak aku tulis selepas ini.

setiap manusia punya lagak dan angkuh diri. kita manusia, mengaku sahaja tak usah berpura-pura tidak. cuma apa yang membezakan antara manusia adalah bagaimana lagak dan angkuh ini dizahirkan dan ditontonkan kepada manusia lain disekeliling. yang angkuh dengan wang dan hartanya, yang lagak dengan pangkat dan kuasanya, yang mendongak dengan kejayaan dan pencapaiannya. apa pun bidangnya, lagak itu pasti wujud.

dan disusunkan Tuhan pada sesetengah manusia(pada kacamata manusia lain) jalan mudah untuk mereka meningkat usia dan menjadi dewasa. pada kacamata manusia ini, sesetengah manusia itu mudah jalan mereka, terang laluan mereka. apa yang dicita hampir semunya termakbul. apa yang dihajati, semacam mudah untuk mereka perolehi. pada kacamata manusia lain, sesetengah manusia ini memang begitu aturan hidup mereka. mudah dan sentiasa dipermudahkan.

dan ada juga sesetengahnya, dari pandangan orang luar setiap nikmat itu terhasil dengan titisan keringat terakhir. apa yang dimiliki semuanya kerana lelah yang menguji sabar. sesuap nasi, tapi usahanya semacam tidak masuk di akal. seteguk air, tapi gigihnya bagai menadah curahan air dari kayangan, penuh sakti. sehingga terbit rasa simpati dan hiba diri pada orang yang semacam ini.

ada sahabat bertegur, tuturku tidak ada lapisnya. patahku terus kepada maknanya. adakala, kadangkala, menyinggung dan membuat orang tersinggung. pernah juga sampai ke telinga, kata mereka aku ini begitu kurang sifat sensitifnya. cakap siang tanpa pandang, cakap malam pula tanpa dengar. sedap di mulut sahaja. tak tahu untuk berpolitik, tapi pemegang jawatan tadbir dan diplomatik. aku dengar, aku ingat, dan aku belajar.

setiap masa kita sentiasa dinilai. perilaku kita sentiasa menjadi penghakiman tanpa bicara. tutur kita ada masa jadi ikutan, ada ketika jadi kutukan. gaya kita pun sama. ada yang disukai, tak kurang juga yang mencebik benci. kita juga begitu. tak pernah rehat dari menilai dan menghakimi. pada yang sudah lama dikenali, apatah lagi yang masih baru mendekati diri. untung pada yang punya wajah dan rupa, impresi pertama sentiasa menyenangkan semua. tapi tak semuanya kekal senang, banyak juga yang tersalah hukum.

itulah kita, tak puas kalau tak menunjuk nunjuk. semacam rasa sakit selagi tidak diceritakan.
tak salah, tapi biarlah berpada. janganlah sampai mengundang salah sangka dan rasa curiga. kita manusia, memang ada padanya sedemikian rupa. Bukanlah mahu berceramah tanpa tauliah. cuma berkongsi pada yang ingin cuba merasa. disebalik sifat tegar dan keras kepala, ada setitik bakat, yang kata mereka, kalau dengan pena aku punya aura.

yang baik kita sama-sama kongsi, yang hitam kita sama-sama putihkan.

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-68085286022173527872009-11-11T13:04:00.006+08:002009-11-12T16:27:38.132+08:00BUKU INI & DAN KULITNYAjangan dinilai pada kulit luaran
nilaikan pada inti dan isi
yang penting pada ilmu yang diperolehi
bukan pada kulitnya yang berseri

bukan pada cantiknya tulisan
tapi pada bijaknya susunan
bukan pada serinya warna
tapi pada cerita pelbagai makna
bukan pada tebalnya naskah
tapi pada tingginya madah

itulah kata kita
dont judge the book by its cover

tapi
bukankah kerana kulitnya buku ini diminati
oleh dia, oleh mereka, oleh semua
dari luar besar tajuknya
dari luar keras kulitnya
dari luar hebat sinopsisnya

tapi
bukankah kerana kulitnya buku ini ingin dimiliki
oleh dia, oleh mereka, oleh semua
yang katanya minat membaca
yang katanya bijak menilai
yang katanya punya citarasa

buku ini
selepas baca
letakkan semula pada tempatnya
dan kandungannya
kalau tidak menepati citarasa
itulah sebenarnya yang ingin dikongsi bersama

buku ini
selepas baca
jangan biarkan habuk tidak berjaga
mungkin ada pembaca seterusnya
yang suka akan cerita di dalamnya......

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-32296391471636316912009-11-10T16:43:00.002+08:002009-11-10T16:50:11.006+08:00SILA TENGOK PISAU CUKURsila tengok citer nie
memang menarik memang kelakar
bukan kelakar Aflin Shauki
tapi kelakar Fazura
nak tahu mcm mana, sila tengok sendiri

sila jangan tengok seorang diri
sebab nanti tak seronok
aku selalu tengok wayang sorang2
nasib baik pisau cukur aku berteman
kalau tak mesti gelak sorang mcm orang kurang siuman

sila jangan judge citer before tengok yer
yer saya faham, anda semua elergik filem melayu
cakap omputih mcm bertih
tp citer ini bukan sajer ada dialog org putih
pelakon muka mcm org putih pun ada

sila tengok Pisau Cukur....
kalau tengok dekat the curve, akan dapat pisau cukur percuma
terima kasih.budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-3666052838876580372009-11-09T16:44:00.002+08:002009-11-09T16:54:09.635+08:00CERITA MELAYUtak makan nasi boleh mati ker..??

jangan sibuk hal orang
jangan kritik kalau diri tu pun plastik
jangan nak tunjuk bagus
kecuali kalau betul2 bagus

tak suka boleh belah
tak ada orang nak kisah
tak luak duit gaji
tak kacau anak bini

mati ker kalau tak makan nasi...??budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-66004298969837582262009-11-09T16:34:00.002+08:002009-11-09T16:42:52.487+08:00HUJANsekarang hari-hari hujan
pagi hujan
tengahari hujan
petang pun selalu hujan
tengah2 malam pun kadang-kadang hujan

aku pergi keje naik kereta
tak kena hujan
tapi nak ke kerata aku jalan kaki
terpaksa redah hujan

dalam kereta aku kesejukan
kerana sedikit kebasahan
dalam kereta aku tutup aircond
org kata boleh jimat minyak
tapi aku kata sebab aku kesejukan

suka hati aku
punya suka aku
aku punya pasal

yang lain boleh berambus..!budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-68044668130177398502009-10-14T16:01:00.002+08:002009-10-14T16:51:08.739+08:00HUJUNG-HUJUNG SYAWALsesiapa yang sempat puasa enam, Alhamdulillah....
sesiapa yang xsempat, duduk diam2 sudah....

siapa yang jemput ke rumah terbuka, terima kasih daun keladi...
siapa yang terlupa nak ajak, xkisah mungkin ramai sangat yang nak dirai...

siapa yang dijemput tp tak dapat datang, aku paham masing-masing busy....
tapi tahun depan kalau aku terlupa nak panggil, janganlah tiba2 kecik hati... hehehe

mood raya dah nak abis...
duit pun dah nipis...
waktu rehat, tido jer lah kat opis.....

hehehe.......

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-42820917465776393702009-10-10T08:04:00.002+08:002009-10-10T08:09:21.846+08:00NEGATIFLihatlah oh dunia
cara ku yang berbeza
Bukan niatku menyinggung sesiapa

Seringkali ditanya
Barat atau Timur
Yang jadi ikutan dan pilihanku
Keduanyaa penting bagiku
Namun yang pasti aku adalah aku
Antara citarasa dan budaya

Mungkin kata-kataku sinis
Tak bererti ku egois
Mengapa sensitif
Yang remeh dipropaganda
Bagai satu dosa

Tergamam diamku menggeleng kepala
Walau kau lihat ku begini
Tak pernah ku lupa agama dan budaya
Citarasa kita nyata berbeza-beza

Setiap generasi
Punya citarasa sendiri
Gaya nan terkini
Irama muda-mudi

Fikir cara terbuka
Jangan pandang negatif saja
Inilah masaku
Biarku dengan 'jeans' biruku

Apa kena mengena
Gaya dan budi pekerti
Sesungguhnya ku benci hipokrasi
Ku punya personaliti
Identiti tersendiri
Mengapakah niatku di salah erti

Ini bukan lagu protes
Gunakan mentaliti apa tersirat di sini
Yang penting kita sama-sama menghormati

Antara citarasa dan budaya
Citarasa kita nyata berbeza-beza
Yang penting kita sama-sama menghormati

-KRU-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-3056649777861108322009-10-08T09:02:00.003+08:002009-10-08T09:47:27.628+08:008 OKTOBER 2009 (HARI LAHIR SIAPA...??)muka sekali tengok..??isshh...
tak ada pun sifat seorang ketua
tak ada siapa nak sanjung apatah lagi dijunjung (terlalu berat)
tapi dia memang banyak idea
sebab semua yang kononnya mengaku diva
bila bermasalah datang menyembah kat dia...

suara sekali dengar
memang tak semerdu bidadari syurga
pecah gegendang berdarah telinga
tapi bebelannya seperti susuk kebayan
memujuk yang merajuk, menunduk yang angkuh

seminit berborak dengannya
pasti semua ketawa dan gembira
ada sahaja cerita bahagia untuk dikongsi
cukup rencah dan perasa
memang ketawa tak henti-henti..!!!

selamat hari jadi
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
semoga bertemu cinta sejati....

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-48760285987844354912009-09-22T09:14:00.004+08:002009-09-22T13:52:15.762+08:00PUKUL ANAK SINDIR MENANTUaku masih ada mak bapak
yang kandung bukan yang tiri
tapi dalam ahli keluarga
ada jugak yang bawak masalah

saudara mara memang ramai
yang cakap besar yang tak nak kalah
semua jenis perangai ada
tapi semua tu keturunan aku juga

aku tak bawak kete besar eh
eh silap, aku kete pun tak ada
yang bawak ke hulu ke hilir tu
kalau nak tau bukan aku punya

kete pun tak ada
rumah apatah lagi
duduk rumah besar macam istana
tapi itu rumah siapa

masa belajar basikal pun aku tak ada
nak guna komputer kena menapak pergi makmal
orang lain puasa 6 tapi aku puasa 30
berbuka dengan megi siap patah dua

orang lain keje gaji dah 5-6 angka
aku keje baru nak mula tapak
baru nak merangkak cari rentak
tapi adatlah sekarang zaman kerjaya

nak aku citer zaman aku kena belasah...??
sejarah kena ratah dekat asrama..??
nak dengar aku kena maki dengan pengarah..??
ataupun kisah aku kena ugut dengan kontraktor...??
tak pun drama aku kena "puji" dengan Orang Kenamaan..??
kisah kena sergah dengan VIP pun ada..nak tak..??

tak cukup..??
aku ada koleksi zaman sekolah rendah
menapak ke sekolah bulan-bulan puasa
jadi peserta RMT sekolah
tak nak tanya apa dalam beg sekolah??
keropok dan kerepek nak jual kat budak-budak kaya

aku pun susah
tapi tak pernah la nak jaja sini-sana
sebab aku dah kata
dengan aku jangan nak drama-drama...!!!

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-35264038401415087362009-09-15T21:02:00.002+08:002009-09-15T21:22:13.955+08:00SATU, DUA, TIGA....satu
masing-masing muda
masing-masing mentah
naif dan daif
malu tapi mahu

dua
tapi macam sepuluh
susah nak dijaga
sukar nak dibaca
tapi semuanya boleh diduga

tiga
semuanya selamba
macam-macam ada
senang tapi susah
mudah tapi payah

satu...
dua...
tiga...
noktah.

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1100225097215170798.post-54905346453085472192009-09-13T14:31:00.006+08:002009-09-13T15:22:00.283+08:00KITA MEMANG PENYABAR..KAN??waktu depa bakar hutan
habis kita yang kena jerebu
ramai yang sesak nafas
kesian orang kita yang ada lelah dan asma
tak boleh nak bernafas
takpalah, depa miskin tak dak teknologi
kita pulak banyak hospital
orang kita yang sakit-sakit tu boleh dapat ubat percuma
biarlah depa bakat hutan depa
sebab depa nak tanam-tanam sayur
nanti kalau tanah tak subur depa mati kebulur
kita juga yang nak kena tolong
sabar jerlah ek....

waktu depa kena tsunami
ramai yang mati, ribu-ribu la jugak
rumah habis kena pukul ombak
jadik padang jarak padang tekukur
kita memang baik hati
kutip duit nak tolong
juta-juta kita bagi kat depa
ringgit kita tau, bukan rupiah depa
baik kan kita..
eh jap. mangsa tsunami kat batu feringghi tu dah dapat rumah belum..??
dengarnya aritu mcm xcukup...?? xperlah, penang kan banyak duit. boleh setel kot.

kat radio kita
siap ada slot istimewa untuk depa
yang keren apa ntah nama slot tu
orang kita tapi cakap bahasa depa
punyalah baik kita ni kan...
untung sapa yang dapat
pastu tiap tiap tahun ada pulak syarikat korporat kita yang baik hati
buat pesta malam depa kat tempat kita
dulu tempat tu kita laungkan "merdeka!merdeka!merdeka!"
tapi skang tempat tu depa pulak yang jerit "mau lagi om!! mau lagi om!"
takpa lah, sekali sekala
budi bahasa kan budaya kita

itu baru sikit yang kita bagi kat depa
ada banyak lagi kita tolong depa
kalau nak cerita sampai habis hutang depa kat IMF pun tak habis-habis lagi
tapi orang tua-tua kita selalu pesan
tak baik mengungkit, orang kata tak ikhlas
nanti tak dapat pahala pulak
skarang kita tolong depa
esok-esok depa pulak tolong kita
kita kan serumpun...

kita memang penyabar kan...

-budak mengamuk-budakmengamukhttp://www.blogger.com/profile/14926861627292929438noreply@blogger.com0