Friday, December 4, 2009

IKTIBAR NATRAH

Siapa Natrah...??
Kenapa dia diangkat...??
Kalau dulu umat Islam begitu beremosi dan bersungguh dalam mempertahankan Agama mereka. Tak kira dari mana asal keturunan mereka. Dari Tanah Melayu, dari Singapura, dari Indonesia, hatta mereka yang diberi gelaran India-Muslim. Berpuluh yang terkorban, ratusan juga yang cedera kerana Tragedi Natrah.Tanpa mengira apa warna tunjangan mereka, kerana ingin menyelamatkan seorang gadis Islam, habis-habisan mereka bertarung. Itu kisah dulu. Natrah pun dah mati. sakit leukimia......

Tapi kini adakah kita masih beremosi dan bersungguh dalam memperjuangkan Islam. Mungkin ya, mungkin tidak. Kita gemparkan semua dengan isu mistik sejadah berdiri di surau dan di masjid, Tapi kita senyapkan isu anak muda yang semakin kurang mengimarahkan surau dan masjid. Ke mana sebenarnya mereka. Bukankah itu lebih gempar..?? Kita gembar-gemburkan isu ceramah tanpa tauliah, kerana fahaman mereka antaranya Solat Subuh tidak perlukan doa Qunut. Tapi masalah masyarakat yang tak sembahyang Subuh, tak pulak kita bangkitkan. Bukahkah Islam itu sepatutnya mudah lagi memudahkan.

Sekarang ini makin banyak juga rusuhan berlaku, rata-rata oleh orang kita yang mengaku Islam. tapi yang dirusuhkan bukanlah isu saudara baru yang ingin murtad. Isu Lina Joy, sekadar laporan sisipan akhbar tabloid. Kata mereka itu isu sensitif. Isu wanita bukan Islam yang mahukan azan dilaungkan tanpa pembesar suara di kawasan jagaannya, tidak pulak kita bantah dan hebahkan. Tapi isu wanita tersebut ditahan dan dilokap pulak yang kita bela. Kata kita, tidak mengikut lunas undang-undang. Lebih parah, bila kita sendiri menjadi askar barisan hadapan mempertahankan seorang wanita yang bukan dari kalangan kita, bila gambar dan video kurang sopan dia tersebar dan diketahui umum. Hujah kita; mencabul hak kebebasan seorang wanita. NAUZUBILLAH.........

Beruntung mereka yang hidup di zaman Natrah. Walaupun bukan darah daging mereka, dia dibela bagai seorang raja. Berwaspadalah kita yang hidup di zaman serba mewah. Sedangkan Sultan kita cerca dan hina, orang biasa entahkan ditendang dan dipijak.

Dulu kita merusuh kerana agama
Sekarang kita merusuh kerana nama

Dulu kerana bangsa kita bertelingkah
Walaupun warna kita tidak pernah sekata
Sekarang kerana warna kita bersanggah
Walaupun sebangsa, kita tidak mungkin bersama.

Iktibar Natrah
kita yang enggan belajar.......



-budak mengamuk-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home