Tuesday, August 4, 2009

BLUES...AKU TAK DER MOOD

Arini hari 1st day aku masuk opis, after 3 weeks of training kat Intan payung pengarang jantung. comment about the training?? Memang ada kena mengena dengan kerja aku. but do i want to apply them dalam keje seharian..?? sepatutnya memang kena la.......

tapi arini memang perasaan xder mood dan malas memang menebal dalam benak otak aku skang nie. jam kt desktop show dah kul 2.13pm. sepatutnya aku perlu menyaipkan keje2 yang bertimbun atas meja nie. by saying bertimbun,i mean bertimbun. literally. klau hangpa datang tengok meja aku nie, muka aku pun dah xnampak, dilitupi oleh ntahhapehape fail yang pelbagai warna. putih, kuning dan hijau. lu pilih nak mana satu. ok, aku story sket la. kalau fail tu warna hijau, itu fail sulit. maknanya fail tu hanya boleh dipegang, dilihat dan dikendalikan oleh orang2 tertentu yang dibenarkan sahaja. yerlah, nama pun fail sulit. mcm alat sulit jugak. hanya orang2 tertentu jer yang boleh dapat dan rasa..eeewww, Kamrul, stop it!! nakal ek. hehehe... kalau fail putih dan fail kuning pulak, sape2 pun boleh guna. maksudnya, ianya tak sulit. maklumat2 yang ada dalam tu tidak terperingkat.

berbalik kepada isu fail bertimbun tadi. sepatutnya banyak tindakan aku kena buat dengan fail2 tue. "sila bincang"..."untuk perhatian..", "untuk tindakan", "tindakan segara"..bla..bla..bla... wow... tapi aku sikit pun xder mood nak buat keje arini. FYI, dari pagi td, satu-satunya keje berfaedah yang aku buat adalah menjawab satu panggilan telefon, menyelesaikan masalah sorang public ni. itu jer. eh, jap! ada satu lagi. ada sorang pakcik nie datang nak tanya pasal hal-hal tanah ke hapemender ntah. yang lain, aku sekadar selak2 fail, untuk dapat input masuk dalam kepala otak aku, betapa banyak keje, aku kena buat, betapa banyak masalah aku kena setelkan. memang sakit otak aku baca fail2 tue.

apa yang aku merepek nie. suka hati lah, blog aku. bukan hangpa kena bayar pun. eh, apsal aku tiba2 nak mengamuk nie. padan muka aku, nak sangat kan. haa, ambek sebijik...

ok, sambung balik. sepanjang tiga minggu aku kursus, banyak la yg aku blaja. macam2. nak kira cash flow, nak buat gantt chart, nak kira kos projek, cmner nak estimate tempoh projek., cmner nak baca report (sentap bila lecturer kata ramai officer yg xreti nak baca report consultant. sbab mmg betul pun). cmner nak wt feasibility study, cmner nak wt stakeholder analysis, cmner nak tentukan projek tu boleh buat ke tak. siap kena ceramah integriti dengan Institut Integriti Malaysia... pasal rasuah, duit kopi, bla..bla..bla.. biasala, when ur dealing with money, banyak lah hanky panky might occur between them.

ok, hilite kursus yg aku nak share. masa buat lawatan ke CIDB(Construction Industry Development Board), depa ada contoh rumah yang dibina dari Polisterine!!!! yup, polisterine yang zaman skolah2 dulu kita guna nak wat carta organisasi lekat kat dinidng tue. ha, hebat tak teknologi zaman skang. tp, kt Malaysia blum ader lg konraktor yg berani wt rumah cmtu. tp menurut kata brother yg jaga galeri tue, kt Jepun mmg dah banyak guna teknik tu nak construct rumah. katanya lah..kalau dia kelentong aku, aku kelentong hangpa la... yg lain2 biasa2 jer. g melawat site project, projek tebatan banjir kat damansara. Isu banjir teruk kat Shah Alam. remember..?? owh, banjir tue sebenarnya mmg luar jangka. bencana alam. so, we cant just blame on the government on that matter. solely. plus, its the government who actually came up with immidiate recovery plan to solve the problems. i dont know, it cud be wrong, ask the bloggers. but from what i've read & saw on the news, mcm tu la faktanya. which is cost them more than 300million ringgit. so, if we dont have concrete and solid facts about it,or anything else that matter, stop criticising. and even if we do hv the facts & figures, dont just criticise, but help. stop complaining, and start helping. ok, projek tu dah nak siap. mmg luas projek tue. berpeluh-peluh aku pusing. tu belum kira muka berdebu segala bagai. ah, i hate site visit. cair makeup..hahahaha...!!!

training tu best participants pun sporting.. walaupun banyak assgnmt nak kena hantar. dah mcm budak sekolah uolz stay up sampai malam2 buta, wt group discussion segala mak nenek. neb baik group aku penghulu rajin. aku ala2 jadi tukang present sajork. biasala, pendebat......

pastu 3 minggu trening mmg masa utk aku merehatkan minda la. bolehlah nak beragenda mlm2 pas kelas. sempat la makan nasi lemak kg baru, g sate kajang, sambil cuci mata di UniKL.. gigih..!!! bolehlah nak rilex2 sket. kalau tak kat opis mmg stress memanjang.
mcm2 hal..biasala, orang mcm kita yg keje bukan tempat yg utk kita. hehehe.. tp layankan ajer..

ok... dah time mau pulang. wow, lama giler aku nak karang entri nie. ramai sangat yg datang kacau. telepon berdering tak henti. ku angkat ku dengar suara..telepon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku tanya siapa... chewaahh..!!!
orait, b4 aku meraban tak tentu pasal, baik aku blah dulu. sapa yg hutang ngan aku, boleh bayar sekarang. sapa yang aku ada hutang kt dia pun, boleh mintak segera. pastu, sapa yg belum tengok citer The Proposal, cepat2 la tengok. pastu kalau xtau nak tengok citer apa, jgnlah tengok citer Public enemy, mcm haram xbest langsung. Nasib baik citer Land of The Lost mcm gampang klaka.. tul tak Chaka..?? jgn tak tahu, aku aritu gigih nak tengok harry potter opening day. satu gerombolan cik senah. tp Transformers rasanya dah abis kot. nasib baik aku sempat tengok.

mari pulang..!!!mari pulang..!!!!

-budak mengamuk-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home