Sunday, July 12, 2009

HYPERAKTIF

penat..... memang lembik badan aku sekarang nie..

malam tadi aku ngan famili g dinner kat Damansara Utama. Abah belanja. Sempena banyak perkara. Menyambut harijadi cucu dia, Syafiqa. Sempena meraikan adik aku Ayen masuk kolej utntuk sambung degree. Tak ketinggalan konon-konon sempena aku nak marathon kt Seremban..

Selesai makan malam aku terus g umah geng2 aku kat Desa Pandan. Cukup jer korum, terus la mencucuk langit, berpeleseran di bukit bintang..sampai pukul 3 lebih pagi.. hey..apa nak jadik ngan anak-anak melayu sekarang nie. lepas tu kitorang g pulak lepak kat Pelita KLCC..

Tepat jam 4 pagi, aku kena mintak diri, nak gerak dulu. sebab aku nak g Seremban. Aku masuk half marathon. 21 km!! so, aku leave the group early. yang lain masih melagho lagik kat sana la.. i drove my car straight from klcc to Seremban. Sempat singgah mandi jap kt R&R Seremban. Tukar baju apa yang patut.. sampai Seremban dlm jam 5 lebih pagi.

Marathon bermula jam kurang lebih 6.40pagi. aku pun dengan segala kudrat dan keazaman yang ada berlarilah pagi2 buta menghabiskan larian sejauh 21 kilo tue. Penat sial!!! selesai marathon, aku pusing2 jap kat situ. cuci2 mata dulu apa yang patut. dalam kul 10 pagi aku pun blah dari majlis tu.xder ape sangat yang best. by the way, i did finish my run ok..!! siap dapat medal. tapi penat jgn cakap r. tercabut buku lali aku ni ha..

after that aku bergegas pulak ke Bangi, tengok adik aku daftar kolej. sampai la jam 1 lebih petang. pastu, aku pun balik Kelana Jaya. Mandi2 sejukkan badan, then aku fetch Yusri kat umah, nak g lunch. before tu, aku sempat detour g INTAN Bukit Kiara ngan Yusri, sbab aku xtau cmner nak g sana. setel amik kunci bilik semua, kami pun gerak carik makanan kat TTDI. menurut sumber, Canadian Pizza kat situ sedap. aku nak try jugak la kan... ok, not bad. sedap. servis cepat. sebab kami jer pelanggan yang ada time tue.. :)

abis makan, balik kelana jaya.... mengadap pc....

dari petang semalam sampai ler ka saat ini, aku belum tido lagi. penat sangat nie.. seharian yang penuh dengan aktiviti..

so, skang aku mau tido sekejap.. mata dah berat, otak dah mamai...

gudnite... ZZZzzz.....


-budak mengamuk-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home