Saturday, July 11, 2009

RAHSIA

setiap orang pasti ada rahsia.. kecik atau besar, penting atau remeh, setiap orang pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Atas pelbagai alasan, kita semua ada kisah yang cuba disimpan.
seboleh mungkin tidak mahu untuk diungkit.

ada orang pandai menyimpan rahsia. ada orang suka bocorkan rahsia. ada jugak orang yang suka korek rahsia. jadi kita semua dalam golongan mana satu..? janganlah dalam kategori yang suka bocorkan rahsia. rahsia yang dipegang itu sebenarnya jugak satu amanah.

jerangkung dalam almari (skeleton in the closet). maksudnya sesuatu perkara yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang lain. sesuatu tentang diri sendiri. yang kita tidak mahu orang lain tahu.

RAHSIA..pendek perkataannya, tapi besar makna dan peranannya. pandai-pandailah kita untuk mentakrif dan menilai..

"biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.."


-budak mengamuk-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home