Saturday, July 18, 2009

DIA DAN AKU

DIA MUNGKIN SUKA TAPI AKU JATUH HATI
DIA MUNGKIN SAYANG TAPI AKU CINTA
DIA MUNGKIN SEDIH TAPI AKU MENANGIS
DIA YANG TERLUKA TAPI AKU YANG RASA PEDIHNYA
DIA YANG BERDARAH TAPI AKU YANG RASA NAZAKNYA
DIA YANG BERSALAH TAPI AKU YANG TERIMA HUKUMANNYA

AKU EGO KERANA DIA TEGAR
AKU MARAH KERANA DIA MEMBULI
AKU MEMBERONTAK KERANA DIA MEMAKSA
AKU BERSUARA DAN DIA TIDAK PERNAH MENDENGAR
AKU MERAJUK DAN DIA TIDAK PERNAH MEMUJUK
AKU BERLARI DAN DIA TIDAK PERNAH MENGEJAR

AKU DAN DIA
NALURI KAMI SAMA
TAPI JIWA KAMI BERBEDA
TANAH KAMI SERUPA
TAPI KAMI JARANG BERSUA

AKU DAN DIA
UMPAMA BULAN DAN MATAHARI
TIDAK MUNGKIN SALING BERTEMBUNG
TAPI SALING MEMBERI RUANG
KERANA DIA MATAHARI...
DAN AKU HANYA BULAN...


-budak mengamuk-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home