Monday, July 13, 2009

WHEN THINGS CAN GOES ALL WRONG

ok..

entri sebelum nie citer betapa gigih manusia yang dipanggil Kamrul nie tak tidur lebih dr 24 jam, semata-mata mencari keseronokan dan hiburan dunia.. teruk kan..? tapi lantak ah, ada gua kesah..? xder kan? so, dok diam2 sudah..!!

kali ni gua nak story mory sket pasal kejadian buruk yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. betul.. ada jer yang tak kena. xderlah teruk sangat, tp bila pikir2 balik, pelik jugak. semuanya dalam tempoh satu hari... penat gua dibuatnya..

malas nak tulis panjang2, aku copy n paste sajork..

malam tadi aku ngan famili g dinner kat Damansara Utama. Abah belanja. Sempena banyak perkara. Menyambut harijadi cucu dia, Syafiqa. Sempena meraikan adik aku Ayen masuk kolej utntuk sambung degree. Tak ketinggalan konon-konon sempena aku nak marathon kt Seremban.. (time dinner ni xtahu apalah salah aku, tibe2 semua orang nak serang aku.. talk about future, simpan duit, anak soleh, kawin..bla..bla..bla.. can i at least finish my meal.. bengang tul aku tibe2 kena ceramah..)

Selesai makan malam aku terus g umah geng2 aku kat Desa Pandan. Cukup jer korum, terus la mencucuk langit, berpeleseran di bukit bintang..sampai pukul 3 lebih pagi.. hey..apa nak jadik ngan anak-anak melayu sekarang nie. lepas tu kitorang g pulak lepak kat Pelita KLCC.. (ni satu lagik..gigih jugak nak meronggeng, sanggup jugak masuk walaupun mahal.. sekali xder orang sangat pun.. konon ada special show segala bagai. sekali siap ader sarkas beserta api2 segala.. menyesal masuk. sedekah duit tu kat masjid pun dapat pahala..)

Tepat jam 4 pagi, aku kena mintak diri, nak gerak dulu. sebab aku nak g Seremban. Aku masuk half marathon. 21 km!! so, aku leave the group early. yang lain masih melagho lagik kat sana la..
(aku kena tahan polis!!!!! time tu la pulak plat kete aku tercabut.. tak pasal2 kena sound ngan polis tue.. bangang!!)

i drove my car straight from klcc to Seremban. Sempat singgah mandi jap kt R&R Seremban. Tukar baju apa yang patut.. sampai Seremban dlm jam 5 lebih pagi. (ok.. this is typical me. a guy named Kamrul a.ka. Am.. sesat jalan pulak dah!! aku siap kena lalu roadblock tu 2 kali. tensen tul.. terpaksa buat muka sekupang kat polis tue..lepas tu tersalah masuk flyover pulak. lepas ke ceruk tokkun mana ntah... terkial kial aku caril jalan keluar nak masuk PLUS balik..)

Marathon bermula jam kurang lebih 6.40pagi. aku pun dengan segala kudrat dan keazaman yang ada berlarilah pagi2 buta menghabiskan larian sejauh 21 kilo tue. Penat sial!!! selesai marathon, aku pusing2 jap kat situ. cuci2 mata dulu apa yang patut. dalam kul 10 pagi aku pun blah dari majlis tu.xder ape sangat yang best. by the way, i did finish my run ok..!! siap dapat medal. tapi penat jgn cakap r. tercabut buku lali aku ni ha.. (part nie cam klaka sial sket.. b4 ni aku join penang bridge marathon, aku main tarah larik jer. pastu memang jalan kengkang la seminggu, sakit kaki. so, konon2 belajar dari kesilapan, aku pun sapu ntah apa minyak yang diorang bg tu. sapu kat kaki banyak giler. konon2 nak bg power . sekali lepas 10-15 minit, kaki aku mcm nak terbakar. PANAZZZ!!! naik merah peha n betis aku.. mmg mcm kena bakar!!! padan muka... tapi berkesan sebenarnya, lari xderla lenguh sangat)

after that aku bergegas pulak ke Bangi, tengok adik aku daftar kolej. sampai la jam 1 lebih petang. pastu, aku pun balik Kelana Jaya. Mandi2 sejukkan badan, then aku fetch Yusri kat umah, nak g lunch. (pulak..kete aku buat hal. xbleh stat. padahal baru g servis semalam tue. ci**i sangat!! gear lock rosak. so kete xbleh stat. nasib baik dah sampai umah.. aku g kluar naik kete kakak aku jer lepas tue..)

before tu, aku sempat detour g INTAN Bukit Kiara ngan Yusri, sbab aku xtau cmner nak g sana. setel amik kunci bilik semua, kami pun gerak carik makanan kat TTDI. menurut sumber, Canadian Pizza kat situ sedap. aku nak try jugak la kan... ok, not bad. sedap. servis cepat. sebab kami jer pelanggan yang ada time tue.. :) (citer g daftar kat INTAN ni pun satu hal jugak.. aku dengan konfiden nak g daftar bilik, sekali check nama gua xder dalam senarai!!! apa kes?? nak jadik cerita, time tu la pulak aku tersalah bawak surat. aku bawak surat kursus staf aku, bukan kursus aku.. dah kena bebel seround ngan abg jaga kunci tue.. tahan jerlah...)

abis makan, balik kelana jaya.... mengadap pc....dari petang semalam sampai ler ka saat ini, aku belum tido lagi. penat sangat nie.. seharian yang penuh dengan aktiviti..so, skang aku mau tido sekejap.. mata dah berat, otak dah mamai... (cuma yang last nie lah ok sket.. nasib baik ler osmet Yusri tu reti bab2 kete..kalau tak mau mengamuk aku kt perodua tu nanti.. thanks to them both..kete gua dah boleh berfungsi seperti biasa...)


so, cmner..? hectic tak weekend aku.. kena bebel, g tengok "sarkas" 35hengget, mahal nak mampos, tapi xbest langsung, kena tahan polis, plet kete hilang ntah ke mana, sesat jalan, kaki "terbakar", kete rosak, nama xder dalam senarai, surat pulak tertinggal kat opis....nasib baik tak kena halau..!!

ha..apa lagi nak..? mau aku tak menyirap....


-budak mengamuk-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home