Sunday, August 30, 2009

BODOH SOMBONG

TAK MENGAPA ORANG EJEK KITA KITA BODOH
TAPI JANGAN SAMPAI ORANG COP KITA SOMBONG
SETIDAK-SETIDAKNYA BODOH BOLEH LAGI NAK DIAJAR
TAPI KALAU DAH SOMBONG MEMANG SUSAH NAK DIAJAK

TAK SALAH NAK BETULKAN ORANG
TAPI BIARLAH BETUL PADA TEMPATNYA
TAK SALAH NAK NASIHATKAN ORANG
TAPI BIARLAH NASIHAT LOGIK UNTUK MANUSIA

TAK KISAH NAK SIBUK TEPI KAIN ORANG
NIAT BAIK TAKNAK BAGI NAMPAK YANG SULIT
TAPI BILA KAIN SENDIRI CARIK KAT BELAKANG
TAKNAK PULAK SIBUK-SIBUK NAK JAHIT

SUKA HATI NAK PILIH APA PUN
MERAH, BIRU, PUTIH, HIJAU,
KALAU HITAM PUN AKU TAK KISAH
SEBAB SEMUA TU ADALAH WARNA

MELAINKAN DAH BETUL-BETUL BAGUS
TAK PAYAHLAH NAK TUNJUK BAGUS
LURUSKAN DIRI SENDIRI
SEBELUM SESATKAN ORANG LAIN

JANGAN JADI BODOH SOMBONG...


-budak mengamuk-

8th DAY OF RAMADHAN

hari ke-8 puasa

hari sabtu, hari cuti
seharian, pagi sampai lewat tengahari tido jer
bagus kan....

iftar @ Bella Vista, Ampang
dengan geng2 mpop(seriously, what actually is mpop..??)
nasi beriani, murtabak, tepung pelita, karipap, samosa,
roti bom, popiah goreng, kuih kelantan, ayam kfc, buah anggur,
buah mata kucing, air sirap bandung...(ada lagi tertinggal tak..??)

semayang terawih..?? see the leg r...!!
merempit lagi ok nak ke surau
thanks to Syed...

sempat lagi melagho di pavilion
tengok wayang citer dance flick
tak best langsung, aku tido jer...
tapi ok, boleh cuci2 mata.pavi kan...
hehehe....

oh, lupa
time nak g bukak posa
sikit lagi nak cium bontot kete depan
sikit jer lagi....fuuhh....lega xder apa2

hari ke-8 berpuasa.


-budak mengamuk-

Saturday, August 29, 2009

7th DAY OF RAMADHAN

hari ke-7 puasa
jatuhnya pada hari jumaat yakni penghulu segala hari
dan 7 pulak angka yang penuh misteri
7 petala langit
7 keajaiban dunia
7 warna pelangi
7 hari seminggu
(apa yang aku merepek nie...)

arini xpayah berbuka sorang2..yea..!!!! sebab balik umah.
juadah memang banyak la.tapi tidaklah sehingga membazir.
kali ni baru namanya air tebu, bukan air gula berwarna hijau kotor.

terawih...?? hehehehe.......
ada alien berbentuk udang kat daerah 9 panggil
kat berjaya time sq uolz, sentap kan...??
tp mcm gampang.....

dah seminggu puasa. skejap jer rasa.

7 hari berpuasa.


-budak mengamuk-

Friday, August 28, 2009

6th DAY OF RAMADHAN

hari ke-6 puasa



siang sampai malam

hujan..hujan..hujan...

bila nak reda pun tak tau

mood pun xder nak buat keje...

sebenarnya sejak 8 bulan yang lalu lagi....



hari ke-2 berbuka solo..erm.....

mee goreng.. murah, rm1.50

ayam percik & tepung pelita...



ponteng terawih...again

lepas berbuka terlelap atas sofa

tv yang tengok budak mengamuk

sedar2, dah pukul 9 lebih... kat luar masih ujan

bertambah penyegan nak ke surau



oh..mlm td mimpi hantu.takut..!!!!



hari ke-6 berpuasa.....





-budak mengamuk-

Thursday, August 27, 2009

5th DAY OF RAMADHAN

hari ke-5 puasa

erm..apa yerk. xder apa2 yang menarik.
mcm biasa serabut otak dengan keje.
petang pulak hujan lebat...suram rasanya.

berbuka sendirian berhad.
lone ranger...hahaha
megi goreng ngan kuih. simple.

oh..sempat jugak g terawih
walaupun terlelap skejap lepas berbuka
maklumlah penat bekerja, hujan pulak tue....

hari ke-5 puasa...


-budak mengamuk-

Wednesday, August 26, 2009

4th DAY OF RAMADHAN

hari ke-4 puasa
hari pertama puasa di tempat kerja
sama, tiada beza....sama, tiada beza
walaupun skarang bulan puasa.

berbuka dengan teman-teman
yang kenal dah berzaman-zaman

juadah??
kutiew goreng...tak sedap
ayam goreng...tak sedap
air tebu... atau sebenarnya air gula bewarna hijau lumut
nasib baik tepung pelita enak rasanya, walaupun buruk paras rupanya.

dah 2 hari tinggal terawih
hey..apa nak jadik muda mudi skang nih....

hari ke-4 puasa...


-budak mengamuk-

Tuesday, August 25, 2009

3rd DAY OF RAMADHAN

hari ke-3 puasa.

pagi2 jam sepuluh dah bangun. semangat nak antar kereta. tup2, "eh, mana pulak kete aku nie..?". owh.. kakak guna skejap keluar ada urusan. jam 11.30 baru samapi ke pusat servis.



"encik, kete nie xpernah tukar bateri lagi kan. saya syorkan tukar. tukar bateri, buat balencing, brake pad, bla..bla..bla....So encik total semua RM429." gulp....telan air liur skejap. kete kecik, tapi....



sejam....tak siap lagi.

2 jam...xder panggilan lg.

3 jam...aku dah terlelap. but still, belum siap lagik kereta.

4.15ptg..... "encik, saya dari Perodua servis. bunyi bising tue tu sebab ada masalah bearing. so, kita kena tukar. so new total wud be...erm RM 600 lebih. nanti bila dah selesai kita akan call encik untuk amik kete..terima kasih".

huh..??? blank skejap. macam tak berapa nak percaya.



habis beratus, tunggu berejam. bila dapat masalah yg sama juga timbul. hurm.... belilah barangan buatan Malaysia. kalau bukan kita, sapa lagi nak support produk tempatan.



juadah berbuka..?? kutiew sup. sedap makanannya....

tempat berbuka..?? bangkok house, pj. selesa tempatnya....

dengan siapa..?? ahli keluarga semua dah balik kg....



xder mood....

perut kenyang....



jumpa geng sekapal, terus senyum sampai ke telinga.

berceloteh siapa paling hebat.

berborak siapa paling diva.

dah tentu bukan aku... :)


hari ke-3 puasa....


-budak mengamuk-



Monday, August 24, 2009

2nd DAY OF RAMADHAN

hari ke-2 berpuasa
berbuka bersama teman istimewa
dengan juadah pelbagai rasa
dalam suasana ceria penuh gembira
sambil memandang gelagat manusia....

kebetulan
hari lahir sahabat setia
berbeda pegangan namun jiwa serupa
moga-moga senang sentiasa
ditunaikan impian dimakbulkan doa....

hari ke-2 berpuasa.........


-budak mengamuk-

Friday, August 21, 2009

YA..HANG MEMANG HEBAT..!!(SANGAT)

dekat-dekat nak puasa
ada jugak yang nak carik pasal
carik pasal yang tak pasal-pasal
aku pulak yang kena.

waktu-waktu hujung mcm nie
macam-macam dah jadik
sakit lah
mati lah
hilang lah
mintak-mintak bukan aku lah...

gawat-gawat sekarang nie
ada jugak yang nak tunjuk terer
nak habaq dia yang paling power
nak gebang dia yang paling hebat
bagus lah. aku tumpang bangga.

raya-raya esok nanti
barulah la terkinja-kinja nak mintak ampun
barulah terhegeh-hegeh nak salam-salam
tu pun sua tangan tp muka tala kat atas
tak pa lah. kita kan manusia biasa.

sapa-sapa pun tak kisah lah
yang depan meja ka
yang bawah tanah ka
yang atas kepala ka
dengan aku tak payah nak drama-drama.



-budak mengamuk-

Wednesday, August 19, 2009

RINDU

Rindu

pada wajah yang menyejukkan mata

pada tubuh yang menggetarkan jiwa

pada bibir yang menyejukkan pipi


Rindu

hilang dalam gelapnya hutan

hanyut pada dalamnya air

melayang dengan tiupan angin


Rindu

siapa yang dirindui

siapa pula yang merindui



Rindu

jangan sampai jadi dendam.



-budak mengamuk-

Wednesday, August 12, 2009

MUALLAF

Ini bukan cerita Allahyarham Yasmin Ahmad. Tapi pengalaman peribadi aku sendiri. Sebenarnya entri ni aku dh penah post, 2-3 bulan yang lepas, ketika kejadian tu berlaku.. Tapi aku letak sekali lagi kat sini. sebab apa..??? gua punya suka la...


Semalam... (sehari sebelum entri ini ditulis)
Aku sedang memakai kasut di koridor sebuah masjid, ketika aku tiba2 didatangi oleh seorang yg berkopiah tp tangan bertatu. Datang mengadu kelaparan. Impresi pertama aku ”cina nie tak siuman ker aper?”. lapar katanya. Serius, aku mmg ’elergik’ ngan org yg dtg mintak2 nie. Selalu aku mmg bo layan jer. Tp mungkin sebab kejadian kali ini berlaku kt masjid, bukan kat tepi kaki lima ker, kat stesen bas ker, or kat gerai makan menyebabkan aku layan pulak apek tua nie. Pun begitu, aku tetap xpercaya. Aku cakap kt dier ”klau u lapar, jom i bawak u makan.tp i tak kan bg u duit.” dier setuju, then kami berjalan menuju gerai makan berhampiran. Ok, yg menyebabkan aku sedikit simpati dengan dier nie, dier cakap dier muallaf a.k.a saudara baru. Sambil berjalan (start masa kami dr kat masjid lagi) memang aku ’serang’ dier habis-habisan. Sbab aku masih ragu-ragu. Sampai kat gerai makan, dier nak makan mee goreng ngan air carrot susu. Aku terkesima skejap. Wah! Carrot susu..... tak hengat mintak air.

Ini apa yg sempat aku dapat dari ’serangan’ bertubi-tubi tue. Dier adalah seorang muallaf yg dibuang keluarga setelah memeluk Islam. Kakak dier memang buang dier terus. Lepas tu, dier tinggal ngan abg dier. Tp dier dah tak boleh makan dan minum apa2 yg ada dlm rumah tue, samada sbab minuman tu adalah arak, atau makanan tu adalah haram. Babi ker, xsembelih ker...kemudian dier decide untuk duduk sendiri. Apek nie(aku xingat nama dia) kemudian g ke Pusat Dakwah untuk mintak bantuan. Pusat Dakwah kemudiannya hantar dier ke Rumah Yayasan Kasih Sayang Kuala Pilah. Di situlah dia tinggal. Bersama 5 lagi muallaf yg menurut cerita apek tu adalah remaja lingkungan 12 hingga 17 tahun. TIDAK BERSEKOLAH.

Apek ni kemudian bercerita lagi. Dier kata duduk situ depa tak diberi elaun ataupun wang saku. Jadual makan pun 4 kali sehari. Sarapan, tengahari, minum petang dan makan malam. Menu makanan..?? erm.... sudah tentu la dier cakap tak menyelerakan. Setiap hari makan makanan yang sama. Tiada tv mahupun radio. Dan untuk dtg ke pekan Seremban nie, dier hanya diberi wang sebanyak 5 ringgit. Aku tanya, buat apa dtg jauh2 dr Kuala Pilah nie (serius jauh, aku dh pernah g Kuala Pilah). Dier kata nak g buat IC Islam. Ok, hangpa semua boleh kutuk aku, fine. Tp aku mmg selongkar beg yg dier bawak tue. Xder apa2, Cuma sekeping surat dr Pej Agama Hulu Langat, menyatakan dier lafaz syahadah kt situ, dan beberapa borang yg telah siap diisi, aku percaya untuk buat IC baru dier tue.

Aku tinggalkan apek tu sorang2 habiskan makanan dier, sbab aku kena bergegas balik opis. Setelah aku bayar makanan dier tu, aku pun bg la sedikit wang kt dier. Sbab aku terfikir, kalau apa yg diceritakan apek tu betul, mana dier nk amik duit buat tambang bas balik Kuala Pilah. Aku pun bg la kt dier. Erm.....

Lepas tue, sambil berjalan ke opis aku terfikir sorang2. Kita selalu dengar cerita adanya gerakan sulit untuk memurtadkan umat Islam. Dan mereka yg telah dimurtadkan nie diberi layanan dan dijaga dengan baik. Bukan setakat makan minum, malah wang ringgit dan tempat tinggal semuanya dibantu. Tapi seorang hamba Allah yg dengan rela hati memeluk Islam, dihalau keluarga, terpaksa meminta untuk mendapatkan sesuap nasi. Aku tak tahu sejauh mana kesahihan cerita apek yg aku jumpa semalam tue. Tapi kalau betul seperti yg diceritakan, sepatutnya kita semua berasa malu dan sedih.

Sampai di pejabat, aku cuba carik nombor telefon rumah yg apek tu tinggal. Tapi, hanya deringan tanpa ada orang yg menjawab........

Sejenak, apek tu membuatkan aku insaf dan rasa hiba...


-budak mengamuk-

Tuesday, August 11, 2009

KESENANGANKU

AKU SENANG BILA CELOTEHKU DIDENGARI. SETIAP PATAH KATAKU DIINGATI. AKU TAHU DUNIAKU INI KECIL SAHAJA. APA YANG AKU TAHU SEMUA ORANG DAH TAHU. MAKLUMLAH, AKU BUKAN PENGLIPURLARA. MALAS PULA MEMBACA DUNIA SEMASA. TIDAK PANDAI BERMUKA MUKA. TAPI AKU SENANG BILA TUTURKU DIDENGAR KHUSYUK. UMPAMA LAGENDA PAHLAWAN TERNAMA. WALAUPUN IA SEBENARNYA CERITERA TANPA MAKNA.

AKU SENANG BILA HAJATKU DITUNAIKAN. SETIAP PERMINTAAN ANEHKU AKAN CUBA DITURUTI. DENGAN CARA YANG AKU SENANGI. KETIKA AKU MAHUKAN SESIAT DAGING, KE HUTAN DIA BERSAMAKU MEMBURU. TATKALA AKU MENGIDAM SEPOTONG PARI, KE LAUT DIA MENGAJARKU MENJALA. MUNGKIN JASADKU KECIL, TAPI SERAKAHKU BESAR. TAPI AKU SENANG BILA SEMUA ITU DAPAT DIIYAKAN. OLEH DIA YANG AKU SENANGI.

AKU BERTAMBAH SENANG BILA KHILAFKU TIDAK DICARI. MALAH DIPERBAIKI TANPA PUN AKU SEDARI. KASAR TINGKAHKU DIHALUSI DENGAN SENYUMAN PENUH ISI. SALAH LANGKAHKU DIBETULKAN DENGAN PIMPINAN PENUH AJARAN. TAJAM PETAHKU DISULAM TUMPUL DENGAN MADAH MUDAH DIMENGERTI. SEMUA TAHU AKU BUKANLAH JADIAN SEMPURNA. TAPI AKU SENANG KETIKA DIYAKINKAN AKU SESUAI DENGAN APA ADANYA AKU.

CUMANYA SAMPAI BILA DIA AKAN TERHIBUR DENGAN CELOTEH DAN KERENAH DENGKEL KU ITU.
CUMANYA SAMPAI BILA DIA AKAN TERKEJAR DENGAN HAJAT DAN PERMINTAAN MELAMPAU KU ITU.
CUMANYA SAMPAI BILA DIA AKAN TERTAHAN DENGAN KHILAF YANG ACAPKALI AKU ULANGI ITU.

KESENANGANKU, JANGAN SAMPAI IA MENYULITKAN. JANGAN SAMPAI IA BERUBAH, DARI SENANG MENJADI SUSAH.

KESENANGANKU,
AKU INI SEBENARNYA MENYUSAHKAN.......



-budak mengamuk-

Wednesday, August 5, 2009

WEDNESDAY IS HIGH DAY..ERK...YER KER??

orang cakap Wednesday is high day.sbab tu teket wayang murah. mungkin betul. sbab hari rabu memang teket wayang murah. 6 ringgit jer. murah kan. tapi arini adalah hari rabu yg cm suram sket. aku masih mengantuk, masuk opis pun dalam keadaan yang tak bersemangat. di tambah pulak dengan keadaan cuaca yang ala2 mendung nak hujan. tido mmg lazat nie.....

tiba2 teringat pasal kematian Yasmin Ahmad. pagi2 mendung nie, ala2 melankolik sket. Semua dah tahu Yasmin Ahmad telah pergi meninggalkan kita 25 julai 2009 yang lalu. aku takkan ulas la pasal betapa bijak dan kreatifnya beliau dalam bidang pengarahan. sebab semua orang dah sedia maklum. banyak blog dan entri yang aku bukak memceritakan tentang betapa kita kehilangan satu lagi permata bernilai dalam industri seni tanah air....

cumanya, kisah Yasmin Ahmad ini seharusnya menyedarkan kita betapa hidup ini memang singkat. yang sihat tak semestinya dapat bernafas lagi keesokan harinya. yang nazak tidak bererti akan pergi jika belum ajalnya. semuanya ketentuan Illahi. Dia dan Dia yg tahu bila dan bagaimana kita akan pergi. Heidi Klum dlm Project Runway selalu cakap "in fashion we never know where we gonna be. one day u in, the next day u out.." itu fesyen, ini pulak kehidupan. lagilah rumit dan kompleks.

jadi, ingatan kepada semua, dan juga diri sendiri supaya sentiasalah beringat. hargailah orang-orang disekeliling kita sementara mereka masih bersama-sama kita. sesiapa saja. ibu, ayah, ahli keluarga, sahabat, teman. setiap dari mereka itu sebenarnya ada nilai dan peranan dalam hidup kita, samada kita sedar ataupun tidak..

tapi biasalah, lumrahnya makhluk bergelar insan. konsep menghargai itu hanya timbul bila kita telah kehilangan sesuatu itu....

al-Fatihah......


-budak mengamuk-

Tuesday, August 4, 2009

BLUES...AKU TAK DER MOOD

Arini hari 1st day aku masuk opis, after 3 weeks of training kat Intan payung pengarang jantung. comment about the training?? Memang ada kena mengena dengan kerja aku. but do i want to apply them dalam keje seharian..?? sepatutnya memang kena la.......

tapi arini memang perasaan xder mood dan malas memang menebal dalam benak otak aku skang nie. jam kt desktop show dah kul 2.13pm. sepatutnya aku perlu menyaipkan keje2 yang bertimbun atas meja nie. by saying bertimbun,i mean bertimbun. literally. klau hangpa datang tengok meja aku nie, muka aku pun dah xnampak, dilitupi oleh ntahhapehape fail yang pelbagai warna. putih, kuning dan hijau. lu pilih nak mana satu. ok, aku story sket la. kalau fail tu warna hijau, itu fail sulit. maknanya fail tu hanya boleh dipegang, dilihat dan dikendalikan oleh orang2 tertentu yang dibenarkan sahaja. yerlah, nama pun fail sulit. mcm alat sulit jugak. hanya orang2 tertentu jer yang boleh dapat dan rasa..eeewww, Kamrul, stop it!! nakal ek. hehehe... kalau fail putih dan fail kuning pulak, sape2 pun boleh guna. maksudnya, ianya tak sulit. maklumat2 yang ada dalam tu tidak terperingkat.

berbalik kepada isu fail bertimbun tadi. sepatutnya banyak tindakan aku kena buat dengan fail2 tue. "sila bincang"..."untuk perhatian..", "untuk tindakan", "tindakan segara"..bla..bla..bla... wow... tapi aku sikit pun xder mood nak buat keje arini. FYI, dari pagi td, satu-satunya keje berfaedah yang aku buat adalah menjawab satu panggilan telefon, menyelesaikan masalah sorang public ni. itu jer. eh, jap! ada satu lagi. ada sorang pakcik nie datang nak tanya pasal hal-hal tanah ke hapemender ntah. yang lain, aku sekadar selak2 fail, untuk dapat input masuk dalam kepala otak aku, betapa banyak keje, aku kena buat, betapa banyak masalah aku kena setelkan. memang sakit otak aku baca fail2 tue.

apa yang aku merepek nie. suka hati lah, blog aku. bukan hangpa kena bayar pun. eh, apsal aku tiba2 nak mengamuk nie. padan muka aku, nak sangat kan. haa, ambek sebijik...

ok, sambung balik. sepanjang tiga minggu aku kursus, banyak la yg aku blaja. macam2. nak kira cash flow, nak buat gantt chart, nak kira kos projek, cmner nak estimate tempoh projek., cmner nak baca report (sentap bila lecturer kata ramai officer yg xreti nak baca report consultant. sbab mmg betul pun). cmner nak wt feasibility study, cmner nak wt stakeholder analysis, cmner nak tentukan projek tu boleh buat ke tak. siap kena ceramah integriti dengan Institut Integriti Malaysia... pasal rasuah, duit kopi, bla..bla..bla.. biasala, when ur dealing with money, banyak lah hanky panky might occur between them.

ok, hilite kursus yg aku nak share. masa buat lawatan ke CIDB(Construction Industry Development Board), depa ada contoh rumah yang dibina dari Polisterine!!!! yup, polisterine yang zaman skolah2 dulu kita guna nak wat carta organisasi lekat kat dinidng tue. ha, hebat tak teknologi zaman skang. tp, kt Malaysia blum ader lg konraktor yg berani wt rumah cmtu. tp menurut kata brother yg jaga galeri tue, kt Jepun mmg dah banyak guna teknik tu nak construct rumah. katanya lah..kalau dia kelentong aku, aku kelentong hangpa la... yg lain2 biasa2 jer. g melawat site project, projek tebatan banjir kat damansara. Isu banjir teruk kat Shah Alam. remember..?? owh, banjir tue sebenarnya mmg luar jangka. bencana alam. so, we cant just blame on the government on that matter. solely. plus, its the government who actually came up with immidiate recovery plan to solve the problems. i dont know, it cud be wrong, ask the bloggers. but from what i've read & saw on the news, mcm tu la faktanya. which is cost them more than 300million ringgit. so, if we dont have concrete and solid facts about it,or anything else that matter, stop criticising. and even if we do hv the facts & figures, dont just criticise, but help. stop complaining, and start helping. ok, projek tu dah nak siap. mmg luas projek tue. berpeluh-peluh aku pusing. tu belum kira muka berdebu segala bagai. ah, i hate site visit. cair makeup..hahahaha...!!!

training tu best participants pun sporting.. walaupun banyak assgnmt nak kena hantar. dah mcm budak sekolah uolz stay up sampai malam2 buta, wt group discussion segala mak nenek. neb baik group aku penghulu rajin. aku ala2 jadi tukang present sajork. biasala, pendebat......

pastu 3 minggu trening mmg masa utk aku merehatkan minda la. bolehlah nak beragenda mlm2 pas kelas. sempat la makan nasi lemak kg baru, g sate kajang, sambil cuci mata di UniKL.. gigih..!!! bolehlah nak rilex2 sket. kalau tak kat opis mmg stress memanjang.
mcm2 hal..biasala, orang mcm kita yg keje bukan tempat yg utk kita. hehehe.. tp layankan ajer..

ok... dah time mau pulang. wow, lama giler aku nak karang entri nie. ramai sangat yg datang kacau. telepon berdering tak henti. ku angkat ku dengar suara..telepon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku tanya siapa... chewaahh..!!!
orait, b4 aku meraban tak tentu pasal, baik aku blah dulu. sapa yg hutang ngan aku, boleh bayar sekarang. sapa yang aku ada hutang kt dia pun, boleh mintak segera. pastu, sapa yg belum tengok citer The Proposal, cepat2 la tengok. pastu kalau xtau nak tengok citer apa, jgnlah tengok citer Public enemy, mcm haram xbest langsung. Nasib baik citer Land of The Lost mcm gampang klaka.. tul tak Chaka..?? jgn tak tahu, aku aritu gigih nak tengok harry potter opening day. satu gerombolan cik senah. tp Transformers rasanya dah abis kot. nasib baik aku sempat tengok.

mari pulang..!!!mari pulang..!!!!

-budak mengamuk-