Monday, June 22, 2009

DURIAN



Durian. Raja segala buah. Gelaran semua untuk buah durian. Kenapa? entahlah, mungkin sebab kulitnya keras dan berduri, kalau timpa kepala pasti boleh mati. Dalam bahasa Inggeris, ia tetap dipanggil durian. Istimewanya durian. Isitmewakah...?

Tapi aku bukan penggemar durian. dan yang seangkatan dengannya. Pulut durian kah, tempoyak kah, dodol durian kah..apa sahaja yang ada durian di dalamnya aku tak suka. Hatta aiskrim dan keropok durian sekalipun... tapi keropok durian ok kot..

Jadi, ramai yang mengkritik, aku hilang satu nikmat dunia. Nikmat untuk menikmati rasa durian. erm... Adakah ia nikmat, jika ia tidak disukai? Jika diberi percuma sekalipun, aku tetap tak akan makan.

Mungkin ramai yang tak tahu Kamrul ni mcm mana sifatnya. Ada dia kisah durian tu raja buah? Walau menjadi kegemaran seantero dunia sekalipun, kalau Kamrul tak suka, dia tetap tak peduli. Ada dia rasa rugi kalau tak dapat makan durian..? ada dia cemburu kalau tengok orang lain dapat makan durian mahal sampai kembung perut?hurm....

Jadi, kenalilah yang kamrul bukan penggemar durian. Betul, durian itu mahal, lazat, dan hanya boleh diperolehi mengikut musim. Tapi umpama seorang nenek kampung yang diberi tiket kelas pertama ke konsert Beyonce. Kalau beyonce pun nenek tu tak kenal, ada nenek tu kisah tak dapat ke konsert tue. Lu pikir la sendiri....!!

pesanan untuk semua, hentikanlah hantar durian berbakul-bakul kat Kamrul. Walaupun sekarang musim durian. Sebelum kalian kecewa kerana pemberian tidak dihargai, baik jangan bagi...

Pun begitu, Kamrul xpernah benci menanti datangnya "durian runtuh"..kapan agaknya ya..??


-budak mengamuk-




0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home