Thursday, November 26, 2009

CHAR KUEW TIEW

semalam aku makan char kuew tiew kat area belakang Seremban 2. dan teh o ais limau. tapi amat hampa, bila makanannya tak sedap, dan airnya terlalu manis. kecewa. dan selalunya, kalau gerai2 makanan yang tak menepati citarasa tekak aku nie, aku tak akan pergi lagi dah tempat tue. lebih baik makan ayam goreng McD, walaupun kolesterolnya tinggi, tapi rasanya dijamin sedap.

tapi untuk gerai char kutiew yang satu ini, walaupun makanannya tak sedap, aku akan makan di gerainya lagi. kenapa..?? sebab aku kesian pulak tengok "tauke" kedai tue a.k.a tukang masak. seorang perempuan berumur pertengahan yang sedang sarat mengandung. kesian pulak aku tengok......

ingat, mahal tak semestinya sedap. murah tak semestinya tak sedap. kadang-kadang(aku rasa selalunya) yang mahal itu hanya pada kedai dan pinggan mangkuknya, bukan pada makanannya.

p/s: nak makan mi racun kat Batu Pahat.

Wednesday, November 25, 2009

METAFORA GAMPANG

bosan dan muak dengan perumpamaan hidup yang dipermudahkan oleh mereka yang asalannya tak pernah paham erti susah. seolah-olah merekalah definisi terbaik derita hidup.

hentikan melankolik sedih meraih simpati...
hentikan monolog airmata yang belum tentu benarnya....
hentikan pementasan sumbang berangan anak wayang....

metafora gampang.
untuk penggemar buah nangka dan cili padi.

Monday, November 16, 2009

KITA TAK KAYA

tadi "aku terbaca" satu tulisan maya seorang sahabat yang sudah makan abad tidak bersua muka. apatah lagi bertegur sapa. aku tidak ada sejarah, tapi mungkin aku juga tidak mencari jodoh dengan dia untuk peluang setidaknya bertanya kabar berita.

dan terdetik di nafsu akal untuk menulis tentang apa yang nak aku tulis selepas ini.

setiap manusia punya lagak dan angkuh diri. kita manusia, mengaku sahaja tak usah berpura-pura tidak. cuma apa yang membezakan antara manusia adalah bagaimana lagak dan angkuh ini dizahirkan dan ditontonkan kepada manusia lain disekeliling. yang angkuh dengan wang dan hartanya, yang lagak dengan pangkat dan kuasanya, yang mendongak dengan kejayaan dan pencapaiannya. apa pun bidangnya, lagak itu pasti wujud.

dan disusunkan Tuhan pada sesetengah manusia(pada kacamata manusia lain) jalan mudah untuk mereka meningkat usia dan menjadi dewasa. pada kacamata manusia ini, sesetengah manusia itu mudah jalan mereka, terang laluan mereka. apa yang dicita hampir semunya termakbul. apa yang dihajati, semacam mudah untuk mereka perolehi. pada kacamata manusia lain, sesetengah manusia ini memang begitu aturan hidup mereka. mudah dan sentiasa dipermudahkan.

dan ada juga sesetengahnya, dari pandangan orang luar setiap nikmat itu terhasil dengan titisan keringat terakhir. apa yang dimiliki semuanya kerana lelah yang menguji sabar. sesuap nasi, tapi usahanya semacam tidak masuk di akal. seteguk air, tapi gigihnya bagai menadah curahan air dari kayangan, penuh sakti. sehingga terbit rasa simpati dan hiba diri pada orang yang semacam ini.

ada sahabat bertegur, tuturku tidak ada lapisnya. patahku terus kepada maknanya. adakala, kadangkala, menyinggung dan membuat orang tersinggung. pernah juga sampai ke telinga, kata mereka aku ini begitu kurang sifat sensitifnya. cakap siang tanpa pandang, cakap malam pula tanpa dengar. sedap di mulut sahaja. tak tahu untuk berpolitik, tapi pemegang jawatan tadbir dan diplomatik. aku dengar, aku ingat, dan aku belajar.

setiap masa kita sentiasa dinilai. perilaku kita sentiasa menjadi penghakiman tanpa bicara. tutur kita ada masa jadi ikutan, ada ketika jadi kutukan. gaya kita pun sama. ada yang disukai, tak kurang juga yang mencebik benci. kita juga begitu. tak pernah rehat dari menilai dan menghakimi. pada yang sudah lama dikenali, apatah lagi yang masih baru mendekati diri. untung pada yang punya wajah dan rupa, impresi pertama sentiasa menyenangkan semua. tapi tak semuanya kekal senang, banyak juga yang tersalah hukum.

itulah kita, tak puas kalau tak menunjuk nunjuk. semacam rasa sakit selagi tidak diceritakan.
tak salah, tapi biarlah berpada. janganlah sampai mengundang salah sangka dan rasa curiga. kita manusia, memang ada padanya sedemikian rupa. Bukanlah mahu berceramah tanpa tauliah. cuma berkongsi pada yang ingin cuba merasa. disebalik sifat tegar dan keras kepala, ada setitik bakat, yang kata mereka, kalau dengan pena aku punya aura.

yang baik kita sama-sama kongsi, yang hitam kita sama-sama putihkan.


-budak mengamuk-

Wednesday, November 11, 2009

BUKU INI & DAN KULITNYA

jangan dinilai pada kulit luaran
nilaikan pada inti dan isi
yang penting pada ilmu yang diperolehi
bukan pada kulitnya yang berseri

bukan pada cantiknya tulisan
tapi pada bijaknya susunan
bukan pada serinya warna
tapi pada cerita pelbagai makna
bukan pada tebalnya naskah
tapi pada tingginya madah

itulah kata kita
dont judge the book by its cover

tapi
bukankah kerana kulitnya buku ini diminati
oleh dia, oleh mereka, oleh semua
dari luar besar tajuknya
dari luar keras kulitnya
dari luar hebat sinopsisnya

tapi
bukankah kerana kulitnya buku ini ingin dimiliki
oleh dia, oleh mereka, oleh semua
yang katanya minat membaca
yang katanya bijak menilai
yang katanya punya citarasa

buku ini
selepas baca
letakkan semula pada tempatnya
dan kandungannya
kalau tidak menepati citarasa
itulah sebenarnya yang ingin dikongsi bersama

buku ini
selepas baca
jangan biarkan habuk tidak berjaga
mungkin ada pembaca seterusnya
yang suka akan cerita di dalamnya......



-budak mengamuk-

Tuesday, November 10, 2009

SILA TENGOK PISAU CUKUR

sila tengok citer nie
memang menarik memang kelakar
bukan kelakar Aflin Shauki
tapi kelakar Fazura
nak tahu mcm mana, sila tengok sendiri

sila jangan tengok seorang diri
sebab nanti tak seronok
aku selalu tengok wayang sorang2
nasib baik pisau cukur aku berteman
kalau tak mesti gelak sorang mcm orang kurang siuman

sila jangan judge citer before tengok yer
yer saya faham, anda semua elergik filem melayu
cakap omputih mcm bertih
tp citer ini bukan sajer ada dialog org putih
pelakon muka mcm org putih pun ada

sila tengok Pisau Cukur....
kalau tengok dekat the curve, akan dapat pisau cukur percuma
terima kasih.

Monday, November 9, 2009

CERITA MELAYU

tak makan nasi boleh mati ker..??

jangan sibuk hal orang
jangan kritik kalau diri tu pun plastik
jangan nak tunjuk bagus
kecuali kalau betul2 bagus

tak suka boleh belah
tak ada orang nak kisah
tak luak duit gaji
tak kacau anak bini

mati ker kalau tak makan nasi...??

HUJAN

sekarang hari-hari hujan
pagi hujan
tengahari hujan
petang pun selalu hujan
tengah2 malam pun kadang-kadang hujan

aku pergi keje naik kereta
tak kena hujan
tapi nak ke kerata aku jalan kaki
terpaksa redah hujan

dalam kereta aku kesejukan
kerana sedikit kebasahan
dalam kereta aku tutup aircond
org kata boleh jimat minyak
tapi aku kata sebab aku kesejukan

suka hati aku
punya suka aku
aku punya pasal

yang lain boleh berambus..!