Wednesday, November 11, 2009

BUKU INI & DAN KULITNYA

jangan dinilai pada kulit luaran
nilaikan pada inti dan isi
yang penting pada ilmu yang diperolehi
bukan pada kulitnya yang berseri

bukan pada cantiknya tulisan
tapi pada bijaknya susunan
bukan pada serinya warna
tapi pada cerita pelbagai makna
bukan pada tebalnya naskah
tapi pada tingginya madah

itulah kata kita
dont judge the book by its cover

tapi
bukankah kerana kulitnya buku ini diminati
oleh dia, oleh mereka, oleh semua
dari luar besar tajuknya
dari luar keras kulitnya
dari luar hebat sinopsisnya

tapi
bukankah kerana kulitnya buku ini ingin dimiliki
oleh dia, oleh mereka, oleh semua
yang katanya minat membaca
yang katanya bijak menilai
yang katanya punya citarasa

buku ini
selepas baca
letakkan semula pada tempatnya
dan kandungannya
kalau tidak menepati citarasa
itulah sebenarnya yang ingin dikongsi bersama

buku ini
selepas baca
jangan biarkan habuk tidak berjaga
mungkin ada pembaca seterusnya
yang suka akan cerita di dalamnya......



-budak mengamuk-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home