Tuesday, September 22, 2009

PUKUL ANAK SINDIR MENANTU

aku masih ada mak bapak
yang kandung bukan yang tiri
tapi dalam ahli keluarga
ada jugak yang bawak masalah

saudara mara memang ramai
yang cakap besar yang tak nak kalah
semua jenis perangai ada
tapi semua tu keturunan aku juga

aku tak bawak kete besar eh
eh silap, aku kete pun tak ada
yang bawak ke hulu ke hilir tu
kalau nak tau bukan aku punya

kete pun tak ada
rumah apatah lagi
duduk rumah besar macam istana
tapi itu rumah siapa

masa belajar basikal pun aku tak ada
nak guna komputer kena menapak pergi makmal
orang lain puasa 6 tapi aku puasa 30
berbuka dengan megi siap patah dua

orang lain keje gaji dah 5-6 angka
aku keje baru nak mula tapak
baru nak merangkak cari rentak
tapi adatlah sekarang zaman kerjaya

nak aku citer zaman aku kena belasah...??
sejarah kena ratah dekat asrama..??
nak dengar aku kena maki dengan pengarah..??
ataupun kisah aku kena ugut dengan kontraktor...??
tak pun drama aku kena "puji" dengan Orang Kenamaan..??
kisah kena sergah dengan VIP pun ada..nak tak..??

tak cukup..??
aku ada koleksi zaman sekolah rendah
menapak ke sekolah bulan-bulan puasa
jadi peserta RMT sekolah
tak nak tanya apa dalam beg sekolah??
keropok dan kerepek nak jual kat budak-budak kaya

aku pun susah
tapi tak pernah la nak jaja sini-sana
sebab aku dah kata
dengan aku jangan nak drama-drama...!!!


-budak mengamuk-

Tuesday, September 15, 2009

SATU, DUA, TIGA....

satu
masing-masing muda
masing-masing mentah
naif dan daif
malu tapi mahu

dua
tapi macam sepuluh
susah nak dijaga
sukar nak dibaca
tapi semuanya boleh diduga

tiga
semuanya selamba
macam-macam ada
senang tapi susah
mudah tapi payah

satu...
dua...
tiga...
noktah.



-budak mengamuk-

Sunday, September 13, 2009

KITA MEMANG PENYABAR..KAN??

waktu depa bakar hutan
habis kita yang kena jerebu
ramai yang sesak nafas
kesian orang kita yang ada lelah dan asma
tak boleh nak bernafas
takpalah, depa miskin tak dak teknologi
kita pulak banyak hospital
orang kita yang sakit-sakit tu boleh dapat ubat percuma
biarlah depa bakat hutan depa
sebab depa nak tanam-tanam sayur
nanti kalau tanah tak subur depa mati kebulur
kita juga yang nak kena tolong
sabar jerlah ek....

waktu depa kena tsunami
ramai yang mati, ribu-ribu la jugak
rumah habis kena pukul ombak
jadik padang jarak padang tekukur
kita memang baik hati
kutip duit nak tolong
juta-juta kita bagi kat depa
ringgit kita tau, bukan rupiah depa
baik kan kita..
eh jap. mangsa tsunami kat batu feringghi tu dah dapat rumah belum..??
dengarnya aritu mcm xcukup...?? xperlah, penang kan banyak duit. boleh setel kot.

kat radio kita
siap ada slot istimewa untuk depa
yang keren apa ntah nama slot tu
orang kita tapi cakap bahasa depa
punyalah baik kita ni kan...
untung sapa yang dapat
pastu tiap tiap tahun ada pulak syarikat korporat kita yang baik hati
buat pesta malam depa kat tempat kita
dulu tempat tu kita laungkan "merdeka!merdeka!merdeka!"
tapi skang tempat tu depa pulak yang jerit "mau lagi om!! mau lagi om!"
takpa lah, sekali sekala
budi bahasa kan budaya kita

itu baru sikit yang kita bagi kat depa
ada banyak lagi kita tolong depa
kalau nak cerita sampai habis hutang depa kat IMF pun tak habis-habis lagi
tapi orang tua-tua kita selalu pesan
tak baik mengungkit, orang kata tak ikhlas
nanti tak dapat pahala pulak
skarang kita tolong depa
esok-esok depa pulak tolong kita
kita kan serumpun...

kita memang penyabar kan...


-budak mengamuk-

MI RACUN

dengar pada namanya memang menakutkan. mi racun. adakah mi yang beracun..?? siapa makan boleh mati..?? bertenang dulu, memang betul namanya mi racun, tapi ia bukan mi yang beracun.

dari mana asal usul nama mi racun, aku tak tahu. tapi aku tahu ia memang makanan istimewa dan terkenal di kawasan batu pahat johor. tempat makannya biasa-biasa saja. cuma gerai tepi jalan, dan bukanlah restoran mewah berpenghawa dingin. harganya pulak murah. sepinggan 3 ringgit. kalau nak yang "special", sepinggan 6 ringgit.

ada orang tanya,
sedap sangat kah..?? kalau sedap mesti dah banyak bukak cawangan.
"special" sangat kah..?? kalau betul "special" takkanlah bukak gerai jer. tepi jalan pulak tue.
sepinggan 3 ringgit jer..?? selalunya produk yang murah, kualitinya rendah.

minuman di coffee bean, harganya memcecah belasan ringgit secawan. mewah kan. semangkuk mi di laksa shack, 10 ringgit harganya, itu belum termasuk 5% cukai kerajaan. sepotong kek di starbucks, 8 ringgit harganya. menu2 tersebut mahal. tak semua orang mampu. air apa tu sampai secawan 15 ringgit..?? tapi coffee bean dan starbucks kini ada di mana-mana, mudah untuk didapati. hatta di pekan2 kecil pun sudah ada. sapa2 pun boleh beli. asalkan banyak duit.

tapi mi racun ini, harganya murah, gerainya usang. tapi kalau nak makan mi racun, terpaksalah ke batu pahat. tidak ada cawangan. jutawan kah, dermawan kah, artis popular kah, ahli perniagaan kah, kalau nak gerai tepi jalan itulah tempatnya. kalau malu, melepaslah akibatnya. kalau malas nak ke sana, tak dapatlah pekena mi racun.

sedap tak sedap, rasalah sendiri....
special tak special, cubalah makan....

tapi awas, jangan sampai darah tinggi dan pening kepala. mi racun ini ramuannya ada daging kambing. maklumlah, orang zaman sekarang kan macam2 penyakitnya...

sapa kata yang murah itu mudah..??
dah pernah try mi racun..??
murah jer, 3 ringgit.
tapi kalau nak, kat KL memang tak dapat r.....



-budak mengamuk-

Wednesday, September 2, 2009

TIPS UNTUK TEMUDUGA

SEBELUM HARI TEMUDUGA
-pastikan tarikh, masa dan tempat
-siapkan resume/CV yang lengkap (jgn lupa update umur klau resume dah lama)
-pakaian pastikan yang sesuai. biar nampak konservatif (unless klau temuduga nak jadi artis)
-buatlah sedikit bacaan atau ulangkaji apa yang patut

PADA HARI TEMUDUGA
-datang awal
-pastikan semua yang diperlukan dibawa bersama
-tunggu giliran dengan wajah tenang (walaupun ada rama-rama dalam perut)

dan walau yakin tahap maksima sekalipun, jangan lupa nak berdoa.
dan kalau boleh, malam sebelum interview janganlah buat aktiviti-aktiviti
yang pelik-pelik pulak. duduk jer kat rumah tenangkan fikiran. manalah tahu kot-kot.....

GOOD LUCK :)

-budak mengamuk-

Tuesday, September 1, 2009

NAK SANGAT..? NAH AMBIK..!!

aku bukanlah rajin
lebih tepat aku sebenarnya pemalas
tapi bila mahukan sesuatu
aku usaha sedaya upaya
mungkin lebih dari orang biasa
usaha itu tangga kejayaan.

orang kata aku macam budak sekolah
sebab tu temuduga tak lepas-lepas
tapi kalau aku nak, aku nak jugak
biarlah keluar airmata darah sekalipun
biarlah sampai pecah otak pun aku tak kisah
orang lain sekali lalu jer, terus naik pangkat
aku sampai 7-8 kali, pun masih sangkut
nasib baik lepas, itupun nyawa-nyawa ikan

perwatakan romantis..?? memang bukan aku
asyik nak mengamuk, sikit-sikit naik angin
tak kuasa nak jiwang-jiwang
tapi kalau aku dah suka
tengah malam?
atas gunung?
seberang laut?
semua aku sanggup redah
sesat jalan boleh tanya orang
tayar pancit boleh ganti baru
duit abis boleh swipe credit card
tak larat nak drive..? aku boleh naik bas!!!

itu aku la... kamrul rasyid
bangunan depan mata pun boleh tak nampak
jalan dah lalu 50 kali pun masih tak ingat
dah pesan berkali-kali pun masih boleh lupa
kena sergah sekali, demam 3 minggu

itu baru luaran, pun dah banyak cekadak
kalau tengok sampai dalam, lagi la orang menyampah
tapi bak kata azwan... ADA AKU KESAH

untuk sapa-sapa yang tak kenal
ada berani...?? silakan...!!!


-budak mengamuk-

10th DAY OF RAMADHAN

hari ke-10 puasa

hari Kemerdekaan negara yang ke-52
merdeka..! merdeka..! merdeka..!
merdekakah kita..??
bebas kah aku..??
tepuk dada sendiri jawab...

dah 10 hari puasa
lagi 20 hari nak raya

SELAMAT HARI MERDEKA

hari ke-10 berpuasa....

-budak mengamuk-