Monday, June 22, 2009

DURIAN



Durian. Raja segala buah. Gelaran semua untuk buah durian. Kenapa? entahlah, mungkin sebab kulitnya keras dan berduri, kalau timpa kepala pasti boleh mati. Dalam bahasa Inggeris, ia tetap dipanggil durian. Istimewanya durian. Isitmewakah...?

Tapi aku bukan penggemar durian. dan yang seangkatan dengannya. Pulut durian kah, tempoyak kah, dodol durian kah..apa sahaja yang ada durian di dalamnya aku tak suka. Hatta aiskrim dan keropok durian sekalipun... tapi keropok durian ok kot..

Jadi, ramai yang mengkritik, aku hilang satu nikmat dunia. Nikmat untuk menikmati rasa durian. erm... Adakah ia nikmat, jika ia tidak disukai? Jika diberi percuma sekalipun, aku tetap tak akan makan.

Mungkin ramai yang tak tahu Kamrul ni mcm mana sifatnya. Ada dia kisah durian tu raja buah? Walau menjadi kegemaran seantero dunia sekalipun, kalau Kamrul tak suka, dia tetap tak peduli. Ada dia rasa rugi kalau tak dapat makan durian..? ada dia cemburu kalau tengok orang lain dapat makan durian mahal sampai kembung perut?hurm....

Jadi, kenalilah yang kamrul bukan penggemar durian. Betul, durian itu mahal, lazat, dan hanya boleh diperolehi mengikut musim. Tapi umpama seorang nenek kampung yang diberi tiket kelas pertama ke konsert Beyonce. Kalau beyonce pun nenek tu tak kenal, ada nenek tu kisah tak dapat ke konsert tue. Lu pikir la sendiri....!!

pesanan untuk semua, hentikanlah hantar durian berbakul-bakul kat Kamrul. Walaupun sekarang musim durian. Sebelum kalian kecewa kerana pemberian tidak dihargai, baik jangan bagi...

Pun begitu, Kamrul xpernah benci menanti datangnya "durian runtuh"..kapan agaknya ya..??


-budak mengamuk-




Saturday, June 20, 2009

AKU


sekadar meluahkan,

hadirku kata mereka disenangi, tapi hilangku tiada siapa yang cari. kedatanganku selalu disambut meriah, tapi pemergianku sepi tanpa pengiring. kewujudanku kadangkala mencuri pandang, tapi ketiadaanku tiada siapa ambil pusing.


sekadar bertanya,

kalau sudi katakan sudi, tidak aku senyum sendiri. kalau suka katakan suka, tidak aku bermuka-muka. kalau benci katakan benci, tidak aku ternanti-nanti. kalau keliru katakan keliru, tidak aku terus memburu...


-budak mengamuk-

Monday, June 15, 2009

ARAK, DADAH & ROKOK

Arak itu memabukkan. Semua orang tahu. Bagi umat Islam, arak itu HARAM. Walaupun hanya segelintir yang betul-betul faham kenapa ia diharamkan. Pun begitu, ramai kini seolah olah tidak amil pusing tentang Hukum Allah ini. Kata mereka "janganlah sampai mabuk’...

Dadah pulak mengkhayalkan. Semua orang tahu. Tidaklah dinyatakan secara terus bahawa dadah itu HARAM. Kerana dalam bidang perubatan jugak dadah adalah salah satu bentuk penawar. Tapi Islam dengan jelas menegaskan, apa sahaja yang memudaratkan, ianya boleh jatuh hukum haram. Atas alasan itu, ramai jugak yang bijak petah, memutarbelitkan kenyataan tersebut. Selagi tidak memudaratkan, apa salahnya.

Rokok juga membahayakan kesihatan. Bukan sahaja kepada perokok, malah kepada orang disekeliling mereka, yang diistilahkan perokok sekunder. Banyak pihak yang mempertikaikan hukum halal-HARAM merokok. Baik dari golongan-golongan beragama, apatah lagi golongan-golongan orang biasa. Ada yang kata HARAM, ada jugak yang menegakkan Merokok itu tidak HARAM. Ianya tidaklah dihalalkan, tapi belum sampai jatuh hukum HARAM. Entah, selaku orang agama yang tidak beragama, baik jangan buat sebarang kenyataan. Nanti lain pulak ceritanya.

Sekali imbas, ketiga-tiganya seakan-akan sama. Apa yang pasti kesemua tabiat tersebut mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan. Tapi mungkin tak semua yang tahu, ianya sebenarnya berbeza. Ramai individu yang merokok, tapi mereka tidak minum arak dan mengambil dadah. Itu perkara biasa. Tetapi yang peliknya, ada individu yang tidak menghisap rokok, tapi mereka minum arak. Pelik kan..? rasanya arak itu lebih teruk daripada rokok. Cuma jarang-jarang kita dengar orang yang tidak merokok, atau tidak minum arak tetapi mengambil dadah. Mungkin ada, tapi amat sedikit jumlahnya.

Untuk mereka yang tidak terlibat dengan ketiga-tiga perkara ni, baguslah. elakkan selagi boleh. Untuk mereka yang dah terlanjur pulak, xmengapalah. memang susah nak hentikan tabiat tue. tapi sekurang-kurangnya cubalah kawal, jangan sampai ketagih. jangan sampai bawa mudarat.


-budak mengamuk-

Thursday, June 11, 2009

AKU STRESS!!!!




ketika kenduri di Kemaman














pedih mataku, luka hatiku... poyo..!!




Monday, June 8, 2009

ORANG AGAMA YANG TIDAK BERAGAMA

ketika entri ini ditulis, sedang berkumandang seruan Azan dari masjid berhampiran menandakan masuknya waktu Solat Fardhu Asar bagi daerah Seremban dan yang sewaktu dengannya....

orang agama yang tidak beragama
rambut hitam tapi dah jadi coklat
di leher tergantung rantai bertulisan asing
pergelangan tangan berlilit tali kulit haiwan

orang agama yang tidak beragama
di tangannya pemain mp3 yang diimport
kaki kanannya gelang perang pemberian teman
atas kepala bukanlah songkok dari Mekkah
sepatu pulak lagi mahal dari kopiah kepala

orang agama yang tidak beragama
Subuhnya berjemaah di Restoran Pelita Jalan Ampang
Zohornya di pusat karaoke Redbox Ria Sogo
Asarnya berkiblatkan panggung TGV KLCC
Maghrib dan Isyak..??
Ntahlah, menunggu Tok Imam tak sampai-sampai

orang agama yang tiada agama
qiamullai iman di atas bukit bercahaya bintang
tazkirah hati di padang hijau dikelilingi air
santapan jasmani..??
sekali-sekala di celah hutan berbatu-bata
ahaks..!!

orang agama yang tidak beragama
siapa gerangannya...?
apa masalahnya..?
mengapa agak-agaknya...?
di mana markasnya...?

orang agama yang tidak beragama
siapa makan cili dialah rasa pedasnya...
tak nak kena getah jangan makan nangka...


renung-renungkan, dan selamat beramal...!! :D

-budak mengamuk-

Wednesday, June 3, 2009

LAPIK HAMBA UNTUK TUAN....


yang tulus dicurigai
yang telus disangsi
yang terkusut di hati
yang terjerat di akal
yang menagih dicaci
yang meminta dicerca
yang bagaimana tuan hamba cari...?

yang bulat montel kah
yang cerah ceria kah
yang besar gajah kah
yang panjang galah kah
yang kurus kering kah
yang kecil molek kah
yang bagaimana tuan hamba cari...?

kerana
yang sempurna memang bukan hamba......


-budak mengamuk-