Monday, December 21, 2009

BELAJARLAH JADI KETUA

Belajar jadi ketua. Jika tidak di pejabat atau di tempat kerja, setidaknya di rumah dan dalam keluarga. Di kalangan teman, sahabat, kekasih apatah lagi ahli keluarga. Bukan bermakna menjadi ketua, kita tamakkan kuasa dan nama. Tapi simbolik ketua itu sebenarnya besar maksudnya. Bijak membuat keputusan, berani mengambil risiko, spontan dalam situasi-situasi luar jangka, petah dalam bersuara, juga tahu membawa diri.

Memang tidak semua orang mampu menjadi ketua. Tapi sudah tiba masanya untuk belajar dan memahiri sifat dan tindakan seorang ketua. Semua orang punya kelemahan, tapi ia bukan alasan.

Demi kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan. Bejalarlah......


-budak mengamuk-

Wednesday, December 16, 2009

KALAULAH DAPAT.....

1) BAJU BATIK. dah ada 3 tp satu dah terkoyak. so tinggal 2 jer...
2) HANDPHONE. ok boleh guna lg. tp semua sibuk2 suruh tukar...
3) SCOOTER MZ MOSKITO. sajer nak nampak cool kt atas jalan...
4) SNICKERS. yg lama dah 5-6 kali gam kt tapak.banyak nostalgia kasut tue.boleh nangis woo...
5) KASUT KULIT. dah lama carik, tapi selalu xder saiz...
6) KEMEJA. last shopping thn lepas. selai. time nak g interview keje...
7) LAPTOP. senang nak wat keje kt umah (keje la sangat...)
8) DIGITAL CAMERA. tak ler perlu sangat. still boleh pinjam kat adik...
9) WALLET. dah terkoyak. duit syiling asyik jatuh jer...

-budak mengamuk-

Tuesday, December 15, 2009

DEBAT


- sebelum bersidang, para pendebat akan diperkenalkan dengan hakim atau para hakim yang akan mengadili mereka. Jika ada pendebat merasakan hakim tersebut tidak cukup kredibilitinya untuk menghakimi mereka, mengapa tidak dibantah sebelum perlawanan bermula...?? mungkin mereka mahu menghormati hakim tersebut. entahlah.

- selepas perlawan berakhir dan keputusan diumumkan satu pihak akan menang dan satu pihak lagi akan kalah. yang kalah pastilah kecewa, yang menang sudah tentu gembira.

- jika satu pasukan tersebut kalah, dan mereka merasakan mereka tidak patut kalah, mereka membantah. ada sesetengah bantahan pula sehingga menggunakan pendekatan mengugut dan memperlekehkan kredibiliti hakim yang menilai mereka. itu biasa, selalu terjadi.

- tapi tidak pernah pulak aku dengar, pasukan yang menang, dan mereka sendiri mengaku mereka tidak patut menang, membuat bantahan. hehe..bunyi macam tindakan kurang bijak. tapi tapi kalau betul nak memperjuangkan integriti, seperti yang pernah dikatakan oleh sesetengah pihak, kenapa tidak..?? bukankah mengambil sesuatu yang bukan hak itu zalim..??

- konsep Anugerah Juara Lagu, kononnya mempertaruhkan komposer dan penulis lirik. menilai lagu dan bukan penyanyi. jika benar, kenapa bila penyanyi terlupa lirik, atau terlari piching lagu tersebut tewas. nilailah pada muzik dan lirik asalnya.....

- dan kenapa lagu yang mengungguli Juara Lagu selalunya tidak pulak menjadi lagu terbaik dalam Anugerah Industri Muzik(AIM). memang anugerahnya berbeza, tapi lagunya kan sama..?? dan matlamat juga sama, menentukan lagu mana yang terbaik. mungkin juri yang tidak reti menilai... entahlah. muzik bukan bidang aku.

- Kepada pendebat, baiki kelemahan. Kita bukan Rasul, maksum tidak pernah berdosa. Mungkin betul ada ketikanya kita yang layak menang. tapi pasti ada alasan kenapa kita kalah. Mungkin ini karma.

-budak mengamuk-

Friday, December 4, 2009

IKTIBAR NATRAH

Siapa Natrah...??
Kenapa dia diangkat...??
Kalau dulu umat Islam begitu beremosi dan bersungguh dalam mempertahankan Agama mereka. Tak kira dari mana asal keturunan mereka. Dari Tanah Melayu, dari Singapura, dari Indonesia, hatta mereka yang diberi gelaran India-Muslim. Berpuluh yang terkorban, ratusan juga yang cedera kerana Tragedi Natrah.Tanpa mengira apa warna tunjangan mereka, kerana ingin menyelamatkan seorang gadis Islam, habis-habisan mereka bertarung. Itu kisah dulu. Natrah pun dah mati. sakit leukimia......

Tapi kini adakah kita masih beremosi dan bersungguh dalam memperjuangkan Islam. Mungkin ya, mungkin tidak. Kita gemparkan semua dengan isu mistik sejadah berdiri di surau dan di masjid, Tapi kita senyapkan isu anak muda yang semakin kurang mengimarahkan surau dan masjid. Ke mana sebenarnya mereka. Bukankah itu lebih gempar..?? Kita gembar-gemburkan isu ceramah tanpa tauliah, kerana fahaman mereka antaranya Solat Subuh tidak perlukan doa Qunut. Tapi masalah masyarakat yang tak sembahyang Subuh, tak pulak kita bangkitkan. Bukahkah Islam itu sepatutnya mudah lagi memudahkan.

Sekarang ini makin banyak juga rusuhan berlaku, rata-rata oleh orang kita yang mengaku Islam. tapi yang dirusuhkan bukanlah isu saudara baru yang ingin murtad. Isu Lina Joy, sekadar laporan sisipan akhbar tabloid. Kata mereka itu isu sensitif. Isu wanita bukan Islam yang mahukan azan dilaungkan tanpa pembesar suara di kawasan jagaannya, tidak pulak kita bantah dan hebahkan. Tapi isu wanita tersebut ditahan dan dilokap pulak yang kita bela. Kata kita, tidak mengikut lunas undang-undang. Lebih parah, bila kita sendiri menjadi askar barisan hadapan mempertahankan seorang wanita yang bukan dari kalangan kita, bila gambar dan video kurang sopan dia tersebar dan diketahui umum. Hujah kita; mencabul hak kebebasan seorang wanita. NAUZUBILLAH.........

Beruntung mereka yang hidup di zaman Natrah. Walaupun bukan darah daging mereka, dia dibela bagai seorang raja. Berwaspadalah kita yang hidup di zaman serba mewah. Sedangkan Sultan kita cerca dan hina, orang biasa entahkan ditendang dan dipijak.

Dulu kita merusuh kerana agama
Sekarang kita merusuh kerana nama

Dulu kerana bangsa kita bertelingkah
Walaupun warna kita tidak pernah sekata
Sekarang kerana warna kita bersanggah
Walaupun sebangsa, kita tidak mungkin bersama.

Iktibar Natrah
kita yang enggan belajar.......



-budak mengamuk-

Thursday, December 3, 2009

DIA PERMATA HIJAU

permata berkilau
impian semua yang punya nafsu
yang cantik sudah tentu tinggi nilainya
hanya yang kaya berhak dan mampu
miliki permata satu dalam sejuta

permata hijau
di dekatnya aku jadi lemah
di dekatnya aku semacam lelah
di dekatnya aku tidak tentu arah

dan permata hijau
pada sentuhnya aku terus mengalah
pada sentuhnya aku terus pasrah
pada sentuhnya aku hilang segala amarah
silau terangnya aku tewas lalu rebah

aku manusia punya tenaga
insan yang tinggi waras akalnya
punya kudrat dan semangat

aku masih dambakan sinar permata
sebagai hiasan nafsu dunia
aku masih hargai tingginya nilai permata
lambang kuasa dan kemewahan jiwa

persembahkan padaku satu

tapi bukan permata hijau
walau ia punya kuasa
walau ia penuh azimat
kerana kuasa dan azimat itulah
hatiku nazak berderai dihempasnya
kerana kuasa dan azimat itulah
hatiku pernah mati dibunuhnya

permata hijau itu
buang ia jauh dari tubuh dan jiwaku.


-budak mengamuk-

Wednesday, December 2, 2009

YANG DI KATA, YANG DI KOTA

yang dikata

nak jadik anak yang soleh

nak jadik pelajar cemerlang

nak jadik pekerja yang rajin

nak jadik pemimpin berjiwa rakyat

pendek kata

nak jadik manusia berguna

yang dikota...??

anak menyusahkan mak bapak. mampus lagi baik

pelajar malas selalu ponteng. sia-sia orang hantar sekolah

pekerja yang kuat mengular. makan gaji buta

pemimpin yang politikus. menipu tanpa rasa malu. bedebah..!!!