Wednesday, February 15, 2012

LOVE HURTS. LOVE HEALS

LOVE HURTS...
LOVE HEALS...
:'(

RINDUKU PADA EGO

Ego,
Lama engkau menyepi,
Biarkan aku rasa sunyi,
Pada hati yang tidak suci...

Ego,
Ke mana engkau pergi,
Di mana kamu lari,
Sekian lama aku mencari,
Kembali lah kamu pada diri.

Ego,
Pulanglah pada diri,
Kembalilah dalam lubuk hati.


-Budak Mengamuk-

Tuesday, February 14, 2012

APA MAHU KAMU..??

Jangan tanya di mana jujur ku,
Jika benakmu penuh rasa cemburu,
Usah persoal nilai setia ku,
Jika rasamu sendiri tidak menentu.

Kenapa perlu keliru...?
Jika sungguh aku pilihan kamu..?

Jujur yang kamu mahu,
Jujur juga yang aku perlu,
Setia yang kamu cari,
Setia juga perlu kamu beri.

Siapa mereka di hati kamu..?
Siapa aku pada kamu..?
Di mana mereka di hati kamu..?
Sebelum datang aku...?

Yang sentiasa di atas kamu,
Yang lama tidak bertemu,
Yang lebih dulu dari aku...


-Budak Mengamuk-