Wednesday, May 4, 2011

SAAT-SAAT BEGINI

sudah bersawang,
lama sungguh tidak dibersihkan,
mungkin sudah beranai-anai,
mungkin sudah reput sini dan sana,
mungkin juga ada yang telah berkarat.

bukan lupa,
bukan juga tiada masa,
cuma tiada apa-apa,
untuk dikongsi atau dicerita,
aku bukan selebriti terkemuka,
bukan juga pelakon ternama,
jauh sekali artis antarabangsa,
yang semua perkara jadi tumpuan media.

dan saat-saat begini,
tiba-tiba muncul entah dari mana,
entah apa yang ada di benak kepala,
entah apa tujuan dan muslihatnya,
sama-sama tunggu dan lihat sahaja.

-budak mengamuk-